Tabung Haji di Bank Rakyat

Asssalamualaikum. Abam Kie pasti ramai diantara kita yang ada akaun simpanan Tabung Haji. Iyolah kan? Sebagai umat Islam kita perlu menabung untuk menunaikan haji satu hari nanti. Sekarang ni perkhidmatan Tabung Haji secara atas talian dapat dinikmati menerusi sistem perbankan internet Bank Rakyat, i-Rakyat. Sebelum ni hanya Bank Islam dan Maybank yang ada perkhidmatan sebegini. Ini dapat memudahkan para pemegang akaun Bank Rakyat dan Tabung Haji untuk melakukan transaksi dari rumah dan pejabat.

Sistem perbankan internet i-Rakyat dapat diakses melalui pautan web www.irakyat.com.my.

Bila ada perkhidmatan sebegini maka kita boleh menguruskan urusan haji dengan lebih mudah tanpa perlu mengunjungi cawangan Tabung Haji dan Bank Rakyat.

Antara kemudahan yang ditawarkan adalah semakan baki akaun Tabung Haji, pendaftaran haji, semakan status pendaftaran haji, muatturun penyata mini dan pindahan dana di antara akaun Simpanan-i Bank Rakyat dan akaun Tabung Haji.

tabung haji bank rakyat

Selain daripada itu pengguna perkhidmatan ini juga boleh menikmati kemudahan melaksanakan simpanan berjadual dari akaun Simpanan-i Bank Rakyat ke akaun Tabung Haji dengan had transaksi maksimum harian RM10,000.

Jika kawan2 ingin membuat sebarang pertanyaan atau mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454 atau melalui laman sesawang www.bankrakyat.com.my. 

Jom kita pakat menyimpan di Tabung Haji bagi menunaikan Rukun Islam kelima ini!

4 Comments

  1. Kemudahan ada...terpulang pada kita istiqhomah atau tidak untuk menyimpan..terima kasih Cikgu AK perkongsian ni...

    ReplyDelete
  2. mudah mcm ni...nak gi kaunter TH mmg bercinta..lama menunggu..

    ReplyDelete
  3. KEMUDAHAN SUDAH ADA ELOKLAH DIMENAFAATKAN

    ReplyDelete
  4. Lagi mudah mcm ni.CR tiap2 bulan wat potongan gaji terus. Sng jgk. 😊

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.