Anak Yang Menjaga Ibubapa Ketika Tua
"Saya ada 4 orang anak. Semua berjaya kecuali sorang. Ada doktor, enginer dan lawyer. Tapi anak yang ke 3 tak menyerlah langsung. Dapat gred 2 SPM.
Sangat mengecewakan saya. Tusyen beratus ringgit sebulan. Tapi hasil tak da. Tak macam abang, kakak dan adik dia. Dapat straight A.
Dapatlah kerja kilang. Duduk dengan saya.
Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia.
Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia.
'Tengok macam adik beradik yang lain, semua keja elok-elok. Kau sorang kerja kilang. Buat malu keluarga aje.'
Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia.
Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la sikit. Tak juga. Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik.
Satu hari anak ke-3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa? Dia jawab berhenti kerja nak jaga abah. Kelu lidah saya. Menitis air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu. Tapi dialah yang menjaga saya hingga hari ini.
Sy mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dahulu. Rupanya Allah jadikan dia kurang dalam pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.
Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya. Mungkin kita tidak nampak sekarang, masa depan kita tidak tahu. Bersangka baiklah dengan Allah.
Bagi ibubapa yang dapat result anak tidak cemerlang. Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhir kehidupan. Tapi gagal dalam agama Allah s.w.t. bala yang paling besar bagi manusia.
Semoga tazkirah abam kie ini memberikan kesedaran kpd kita semua. In Shaa Allah.
10 Comments
moga ibu bapa sedar...jgn beza2kan anak...jngn pilih kasih...setiap anak, pasti ada keistimewaan msg2...
ReplyDeleteTerima kasih perkongsiannya AK... Betul sangat tu. Kita ni memandang kejayaan cuma yg pandai dan berpangkat aje, tapi kita tak pernah tahu kadang yg kurang tulah yg banyak berbakti kpd kita...
ReplyDeleteMoga kita sentiasa bersyukur dengan takdir Allah kan AK
inshaAllah
ReplyDeleteKisah yang baik untuk dijadikan pengajaran buat saya... Moga saya tidak membandingkan anak2 saya....Mungkin mereka akan banyak membantu satu masa nanti...
ReplyDeletesaya ada seorang adik yang kurang menyerlah. masa kecik ibu saya selalu give up nak ajar dia tapi ayah saya senyum je dengan semua prestasi akedemik dia. tapi dia sangat rajin belajar, rajin tolong ibu, segala galanya rajin walaupun prestasi dia xcemerlang. tapi alhamdulillah sekarang dia menyerlah berkat sikap dia yang rajin dan suka tolong ibu. kami adik beradik yang lain pun kadang malu dengan dia. dia tulus je. alhamdulillah pengajaran depan mata. moga kita yang bakal jadi ibu bapa ni xmembeza2 kan anak. berdoalah untuk anak yang kurang. Allah maha adil.
ReplyDeleteYa Allah, tersentuh betul hati baca cerita macamni. Sebagai ibu bapa, memang tak boleh nak beza-bezakan anak. Setiap anak tu ada kelebihannya sendiri. Macam dalam cerita di atas, tak cemerlang dalam akademik tapi bagusnya dia di bahagian lain pula. Terima kelebihan dan kekurangan anak masing2 :) . Membalas lawatan abam kie kat sini ya.
ReplyDeletehttp://anothersyed.blogspot.com
Mmg tersentuh baca cerita cmnie. Anak2x mmg sepatutnya jaga ibu bapa dan ibu bapa patutnya tidak membezakan anak2x kerana masing2x kelebihan dan kelemahan masing-masing. respek anak yg sanggup ibu bapa itu. salam singgah Abam Kie dan sambil klik iklan menarik di sini. :)
ReplyDeleteKita pun tak tahu anak yang mana akan menjaga kita bila uzur nanti.
ReplyDeleteWP sekeluarga pun sekarang tinggal dengan dua orang ibu yang sudah tua.
(ibu kandung dan ibu mertua).
Semoga kita dijauhkan dengan sifat2 sebegini. Amin
ReplyDeleteAntara sebab saya hantar anak saya Amri tu ke SMKA ... :) saya mahu anak yang ditingalkan kelak terjaga dengan agama.
ReplyDeleteTerima kasih Abam Kie.
Hasrul Hassan
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.