group whatsapp

Ini adalah satu seloka yang paling menarik untuk dibaca dan dijadikan pengajaran. Hayatilah ia. Terima kasih, kawan2 abam kie yg dihormati sekalian.

Kumpulan whatsapp berbelas-belas,
Rakan sekerja dan rakan sekelas,
Bertalu-talu tak sempat balas,
Mula-mula seronok bertukar malas.

Walaupun tua kembali muda,
Yang sudah bercucu, duda dan janda,
Berkongsi cerita bergurau senda,
Tersilap langkah masalah melanda.

Kadang-kadang ahli tidak peduli,
Menghantar khabar bertali-tali,
Gambar dihantar berulang kali,
Orang terima pun naik lali.

Setiap minit khabar dihantar,
Tidak berhenti berita disebar,
Minta kawan buat komentar
Lambat dibalas hati tak sabar.

Ada yang suka menunjuk hebat,
Setiap  isu diajak berdebat,
Ada yang marah dijawab lambat,
Menyinggung rasa rakan sahabat.

Ada yang cerita tentang keluarga,
Tak habis-habis menunjuk bangga,
Yang tak ada anak berhati curiga,
Keluar kumpulan barulah lega.

Oleh itu kita hendaklah peka,
Mesej dihantar tak semua suka,
Zaman berubah dah tua bangka,
Elak curiga dan buruk sangka.

Ada kebaikan wujud kumpulan,
Tapi biarlah ada kawalan,
Jagalah hati dan peribadi taulan,
Agar hubungan erat berkekalan.

Org pencen ada duitan..
Org kerja duit pun simpan...
Masa hidup hendaklah berkawan..
Bila berkawan jaga ucapan...

Sekadar ini seloka diberi,
Harap ada yang ambil perhati,
Jangan terasa diri diperli,
Hanya sekadar menghibur hati.
Salin dan tampal daripada
X PDRM Kuala Nerang
✌

11 Comments

  1. Menarik ni... di Laguna Merbok ada seorg pemantun yg hebat yg selalu post pantunnya..

    ReplyDelete
  2. Menarik ni... di Laguna Merbok ada seorg pemantun yg hebat yg selalu post pantunnya..

    ReplyDelete
  3. Ada kebenarannya...apa pun agent komunikasi yang digunakan...adab jang tolak ke tepi..jaga sensitivity sesama rakan..inshaAllah cantik laluannya..

    ReplyDelete
  4. hebatnya abam kie berpantun.... mmg berbakat ni....

    ReplyDelete
  5. ini memang btol. dh ade tu jd serabut pulak. mrapu je banyak

    ReplyDelete
  6. This article is so innovative and well constructed I got plenty of information from this post. Keep writing related to the topics on your site.Presenting you the Best Snapchat tracking apps .

    ReplyDelete
  7. I am appreciate your efforts for writing such a post which consist all the relevent info about the topic.Check this out tubemate for pc .

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.