Ini adalah rumah jiran abam kie di belakang. Sudah 8 tahun rumah ini terbiar dan tidak dihuni oleh manusia. Kalau tengok pada waktu malam memang seram. Tengok dah jadi rumah dalam hutan pulak. Sampaikan pokok menjalir di batang paip tu. Abam Kie takut jika haiwan2 liar dan berbisa dari rumah ni memasuki kawasan rumah abam kie. Tahun lepas ada ular tedung yang menjalar di dalam longkang rumah abam. Kalau biawak besar tu memang dah selalu la tersesat ke halaman rumah abam. 

Selepas banjir besar tahun 2014 lalu rumah ini terbiar sebegitu aje. Tiada usaha untuk membersihkan sisa2 lumpur dan air bertakung di dalam rumah itu. Setahu abam kie tuan rumah ini sudah bercerai dengan isterinya lalu membawa diri ke pedalaman Kelantan. Usaha untuk menjejakinya gagal kerana no telefonnya sudah bertukar. Lalu rumah ini dihibahkan kepada salah seorang anaknya yg bekerja di KL. Anak ni langsung tak mempedulikan rumah pemberian ayahnya ini. Kalau iyo pun, upahlah sesiapa membersihkan rumah dan persekitarannya.

Semoga dengan tersiarnya entri ini akan menyedarkan orang awam akan kepentingan menjaga rumah pusaka agar ia tidak terbiar dan menjadi sarang penagih dadah atau tempat lepak jin dan bunian.