Assalamualaikum. Cuti sekolah hampir tiba. Isteri dan anak-anak sudah bercadang nak bercuti panjang sedikit pada kali ini. Maklumlah kan, tahun lepas tak ke mana-mana sebab isteri masih dalam pantang. Jadi tahun ini nak lepaskan geram dengan melancong ke Perak dan Penang pula. Isteri yang sibuk merancang destinasi percutian seperti tempahan tiket dan penginapan. Abam Kie cuma jadi pemandu dan pengeluar duit je. Seminggu je dihabiskan untuk percutian hujung tahun dalam negeri. Kemudian balik ke rumah dan buat persediaan untuk mengajar pada tahun hadapan. Biasanya semasa cuti sekolah ni abam kie membuat modul pengajaran, menanda buku latihan dan membaca buku dan Al-Quran. Selain daripada itu sudah tentulah membuat persediaan menghadapi musim banjir yang bakal tiba. Trauma banjir kuning 2014 masih lagi terasa. 

Pada cuti yang akan datang ini, abam kie berhajat untuk menaiki feri ke Pulau Pinang. Lepas tu nak menaiki keretapi ke puncak Bukit Bendera dan bersantai di Pantai Batu Ferringhi. Yang penting sekali nak merasa pasembor dan nasi kandar yang enak di sana!  Semasa di Perak nanti hajat tu nak mandi-manda di Bukit Merah Lake Town Resort! Anak-anak memang suka bermain air di taman tema. Dulu pergi ke Gambang Waterpark tapi tak sempat berendam lama-lama. Kemudian kami nak ronda-ronda di Taiping iaitu bandar yang kerap ditimpa hujan di Malaysia.



Kalau dulu-dulu kalau nak bercuti kena rancang sendiri. Contohnya kena cari dan telefon hotel atau rumah rehat yang kita hendak menginap tu. Kalau nak tempah tiket kapalterbang tu pun kena melalui syarikat penerbangan berkenaan. Tapi kini tidak lagi kerana teknologi sudah berubah dan ada banyak platform yang lebih mudah, murah dan cepat untuk merancang percutian kita. Salah satu syarikat perancang percutian yang sedang meningkat naik sekarang ialah TRAVELOKA.
 
Mengapa Abam Kie hendak membuat tempahan dengan Traveloka? Meh, abam kie ceritakan sebab-sebabnya. Pertama, ia tidak hanya murah, tetapi harga jujur! Tambahan pula tiada yuran tempahan, harga yang kita nampak adalah apa yang kita bayar, tiada caj tersembunyi. Malahan akan jimat lebih lagi! Kedua, kaedah pembayaran lengkap dan mudah. Pilih kaedah pembayaran kita: kad kredit (Visa, MasterCard, AMEX) dan perbankan internet. Ketiga, Traveloka ialah penyelesaian percutian sehenti kita kerana kita boleh menempah penerbangan dan hotel semuanya di satu tempat.

Apakah manfaat menggunakan perkhidmatan Traveloka ni? Ada banyak tau! Mula-mula sekali transaksi dalam talian yang selamat kerana keselamatan dan privasi transaksi dalam talian kita dilindungi oleh teknologi RapidSSL yang sah. Selain dari itu kita akan menerima e-tiket atau baucar hotel secara terus dalam emel kita. Kedua, hasil carian yang paling meluas. Kini perbandingan tiket penerbangan dan hotel murah tidak pernah semudah ini. Kita boleh mencari hotel terbaik dari yang bajet hingga ke hotel 5 bintang, dan jenama seperti Tune Hotel, Ibis Hotel dan juga syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Malindo Air, Tiger Air, Firefly, AirAsia dan banyak lagi. Ketiga, kita boleh menggunakan TravelokaQuick iaitu tempahan cara terpantas di laman web Traveloka iaitu https://www.traveloka.com/en-my/. Kita boleh tempah dan dapatkan e-tiket/baucar hotel kurang daripada 1 minit dengan tempahan 1 klik, Travelers Picker dan pengeluaran segera. Kempat, Traveloka menawarkan Khidmat Pelanggan 24/7 dimana bila kita memerlukan bantuan, mereka boleh dihubungi pada bila-bila masa melalui emel, telefon atau perbualan langsung. Kelima, kita boleh menguruskan tempahan dalam talian untuk mengakses e-tiket/baucar hotel, menerima tempahan atau membuat permintaan bayaran balik dalam talian. Hebatkan TRAVELOKA ni?


Menerusi laman web dan applikasi TRAVELOKA terdapat lebih daripada 100 buah hotel di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan negara ASEAN yang lain yang boleh dipilih sebagai tempat percutian kita bersama keluarga.


Terkini! Promosi YES daripada TRAVELOKA dengan tawaran yang terhebat! Hujung tahun makin dekat! Belum ada rancangan? Jangan risau, kini, sambutan hujung tahun kita pasti cukup meriah, kerana tawaran-tawaran ini terlalu menarik untuk dilepaskan! Sempena hujung tahun ini, tidak lengkap jika disambut tanpa ahli keluarga jauh dan dekat! Jadi, nikmati diskaun sehingga RM150 untuk tiket penerbangan dan hotel hanya dengan Traveloka! Cuma gunakan kod kupon FLYGREAT untuk tempahan penerbangan dan kod kupon LIVEGREAT untuk tempahan hotel apabila kita tiba di halaman pembayaran. Tempahan bermula dari 16 hingga 21 November 2016 sahaja. Tempoh penginapan dan perjalanan adalah terbuka pada kesemua tarikh! Hebatkan?


Promosi di atas belum cukup lagi memuaskan hati kita? Nak lagi? Traveloka ada promosi YES lagi la... Apa tu? Tawaran Hebat Cuti Riang Akhir Tahun! Bayangkan katil yang selesa menanti kita selepas senaman pagi, atau sarapan pagi sewaktu berendam di kolam renang aras bumbung, sambil menikmati pemandangan waktu senja di latar langit bandar. Berhenti berangan, jadikan realiti! Kita nak ke mana untuk cuti ini? Kini TRAVELOKA telah mengumumkan senarai hotel untuk percutian riang akhir tahun, istimewa di Traveloka App, khas untuk kita! Kita boleh memilih lebih dari 100 hotel di Malaysia, Singapura dan Indonesia! Diskaun sehingga 72%. Tapi ingat! Tempahan hanya boleh dibuat melalui Traveloka App yang dimuatturun di Playstore dan App Store. Tempahan bermula dari 16 November hingga 6 Disember 2016.


Dan bagi kita yang merupakan pemegang kad kredit Citibank pula dapat berjimat sehingga RM85 untuk percutian seterusnya di Traveloka. Sangat berbaloi digunakan pada waktu kegawatan ekonomi ni. Yang pastinya, promosi ini bagi tempahan dari 1 November 2016 hingga 31 Januari 2017. Manakala bagi kita yang memiliki kad kredit CIMB pun dapat berjimat sebanyak RM85 bila menempah menerusi Traveloka. Tapi mesti buat tempahan dari 15 November 2016 hingga 15 Februari 2017. Promosi ini adalah sah untuk semua syarikat penerbangan, tarikh penerbangan dan tempoh perjalanan begitu juga dengan semua hotel, destinasi penginapan dan tempoh penginapan.

Nampak gempak dan hebat betul promosi YES dari https://www.traveloka.com/en-my/promotion ni. Tak sabar rasanya Abam Kie nak Cuti-Cuti Malaysia dengan isteri dan anak-anak. Sebelum tu, dapatkan applikasi Traveloka secara percuma di Google Play dan App Store sekarang untuk memudahkan lagi tempahan dengan lebih pantas dalam masa kurang daripada 1 minit. Jimat duit, jimat masa dengan Traveloka.

Untuk maklumat lebih lanjut dan promosi lain dari Traveloka, sila dapatkan di:

Laman web: https://www.traveloka.com/en-my/
Facebook : @TravelokaMY
Twitter : @travelokaMY
Instagram : @traveloka
Google + : Traveloka

Jangan lepaskan promosi menarik ini. Jom bercuti sepuasnya dengan promosi YES dari Traveloka!