jamuan akhir tahun
Dari kiri; Abam Kie, Ustaz Zulmajdi dan Ustaz Mukti

Alhamdulillah. Setelah hampir setahun penat mengajar murid2 sama ada di dalam kelas atau di padang, maka kini tibalah masanya guru2 sekolah abam kie diraikan di dalam majlis jamuan akhir tahun kelab guru dan kakitangan (KGKT) yang diadakan di Restoran New Horizon, Kota Bharu, Kelantan. Jamuan bermula pada jam 12.30 tengahari pada 1 November 2016. 

Pada hari berkenaan, abam kie menumpang kereta rakan sejawat, Ustaz Zulmajdi ke lokasi jamuan. Baik berkongsi kereta sebab ada teman berbual. Minyak pun jimat. Kami bertolak dari tanah Merah pada jam 11.15 pagi dan tiba sejam kemudian. Rupa2nya majlis sudah bermula dengan acara penyampaian cenderahati kepada guru yang bersara iaitu Puan Maznah Musa.

Sebaik sampai di restoran tersebut, kami mendapat door gifts iaitu satu set tuala dan hamper. Berbaloilah dengan yuran tahunan sebanyak RM150 tu. Selepas tamat ucapan dan penyampaian hadiah, doa pun dibaca dan kami para hadirin mula menjamu selera. Hidangannya ala Thai seperti tomyam, daging goreng hitam, ayam goreng halia, ikan siakap kukus dan pencuci mulut. Menu pada hari tersebut kira memuaskan aje.

Selepas selesai menjamu selera, tibalah ke acara kemuncak iaitu cabutan bertuah. Para pentadbir yg akan membuat cabutan. Jika nombor kami naik, kami perlu membuat cabutan untuk memilih jenis hadiah pulak! Panjang gak la prosesnya. Apa yg pasti semua guru dan staff mendapat hadiah semasa cabutan bertuah ini. Cuma berbeza dari segi jenis, harga dan saiz sahaja.

Kira2 jam 2.10 petang Ustaz Zul mengajak saya beredar kerana dia perlu balik ke rumah untuk menghantar anaknya ke sekolah berasrama pula. Kami tiba di Tanah Merah kira2 sejam kemudian. In Shaa Allah abam kie berharap majlis jamuan akhir tahun akan lebih meriah dengan hadiah2 cabutan bertuah yang mahal dan makanan yg sedap2 pulak. Aamiin...