Abam Kie ada melanggan Majalah PC terbitan Karangkraf kerana ingin mendapatkan maklumat terkini dunia pengkomputeran, IT dan telefon bimbit. Pada awal tahun ini majalah ini hampir berhenti bernafas namun sempat diselamatkan oleh laman web IT dan teknologi mobil iaitu amanz.my. Pernah ia tidak diterbitkan kerana tidak cukup artikel dan staff. Selepas Raya Haji yang lepas majalah ini tidak diterbitkan lagi. Rasanya isu terakhir pada September lepas.

Tunggu punya tunggu lalu abam kie menelefon bahagian langganan Karangkraf. Staff di sana memberitahu mereka belum menerima isu terkini Majalah PC untuk diedarkan kepada pelanggan2. Lalu abam kie tanya adakah masalah ini melibatkan majalah2 lain terbitan Karangkraf. Dia menjawab cuma Majalah PC aje yang belum menyiapkan edisi terkini mereka. Alamak! Ini sudah kes teruk. Dah tutup kedai ke ni? Kalau dah nak tutup penerbitan baiklah dihebahkan kepada para pembaca. Baki duit langganan tu hendaklah dipulangkan kepada kami pelanggan setia ni.

Abam Kie ada menghantar emel kepada staff Majalah PC namun tidak dibalas. Panggilan telefon tidak diangkat. Hmm...ini menambah kesangsian abam kie. Mohon ada pihak yang berani memberikan pencerahan kepada isu ini.

Sekian. Terima kasih.  

6 Comments

  1. ohhh patotlah tanya orang kedai cakap blom sampai.

    hmmm....

    ReplyDelete
  2. dulu2 selalu beli... patut la sekarang dah jarang nampak sangat mudah buku ada sofware yg ekin tak faham boleh majalah ni...

    ReplyDelete
  3. Dulu waktu sekolah rajin beli. Sekarang susah nak jmpa.

    ReplyDelete
  4. dulu selalu beli majalah pc ni sekarang jeling pun tak :)

    ReplyDelete
  5. mek tk prnah langgan cam ni sbb nk avoid dari brlaku benda cam ni.
    tapi should karangkraf ambik fast action la. bukan senang tau nak langgan setahun terus ni..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.