Assalamualaikum. Masa blogwalking sebulan yang lalu, abam kie terjumpa satu tawaran hebat dari pixajoy. Syarikat ini menawarkan 100 keping kad nama percuma kepada pengunjung2nya. Kita cuma perlu membayar kos courier sebanyak RM8.48 sahaja. Murahkan? 

Cara nak order kad nama ni mudah aja. Mula2 kena daftar di laman web tersebut. Lepas tu pilih design atau template yg bersesuaian. Kemudian boleh mula reka kad nama tersebut dengan menaip maklumat peribadi. Kita boleh menggunakan online photo editor untuk mereka kad nama berkenaan. Untuk kad nama free ini, design cuma atas sebelah kad sahaja. Selepas berpuashati boleh la 'submit' rekabentuk kad nama tersebut. Pembayaran boleh dilakukan menerusi bank transfer atau kad kredit. 

Hampir seminggu juga barulah kad nama tersebut sampai ke tangan abam kie menerusi syarikat courier Gdex. Alhamdulillah, kad itu comel dan menarik. Jadi jika kawan2 teringin nak tempah kad nama percuma boleh la klik pautan di bawah ini. Selamat mencuba!
 
http://www.pixajoy.com.my/name-card