Murid-murid datang berbuka puasa di rumah abam kie 

Bulan Januari 1998 ialah kali pertama abam kie berpuasa sendirian di seberang laut. Sebelum ini pun memang berpuasa jauh dari kampung halaman tetapi cuma di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Jika berpuasa di UM pun tak la mencabar mana kerana juadah berbuka dan bersahur disediakan di dewan makan kolej kediaman. Semasa menumpang di rumah kakak di AU3 Keramat pun akak yg masak. Abam cuma beli lauk-pauk tambahan.

Namun apabila mula bertugas di SMK Majakir, Papar, Sabah suasana menyambut Ramadhan amat berbeza dari tahun2 sebelumnya. Apa yang peliknya? Pertama sekali, abam kena tidur awal sikit kerana waktu imsak berakhir jam 4.30 pagi. Tak boleh berjaga malam nanti mengantuk waktu mengajar keesokan harinya. Waktu berbuka pula sekitar 6.20 petang. Awal la sedikit drp Semenanjung. Tapi tempoh berpuasa sama je.

Memandangkan abam kie tinggal seorang di sebuah rumah teres pada masa tu maka persediaan sahur dan berbuka pun mudah aje. Abam kie bersahur dengan 8 biji nugget dan air kopi. Manakala untuk berbuka pula abam kie membeli makanan di pasar ramadhan berdekatan stesen keretapi Papar. Namun tekak abam kie sukar sukar menerima makanan orang Sabah pada masa tu. Jadi yg mampu dibeli cuma ikan bakar dan kepak ayam panggang aje. Bab air tak jadi masalah sebab air kelapa di sana sangat murah. Kadang2 bila malas ke pasar ramadhan, abam kie memasak sup ayam, tomyam, singgang daging, gulai kuning ikan dan apa2 menu yg mudah.  Namun yg pasti setiap 2 hari abam kie akan menunggang motor ke Kem Lok Kawi yg terletak kira2 22km dari pekan Papar untuk membeli juadah Kelantan seperti ayam percik, nasi kerabu dan kuih akok. Baru la berselera nak berbuka kan? Kat situ isteri2 askar ada membuka gerai menjual lauk-pauk, kuih-muih dan minuman dari Semenanjung.

Begitulah pengalaman abam kie berpuasa sendirian di negeri orang. Alhamdulillah, segala cabaran dan dugaan sepanjang Ramadhan di sana berjaya abam tempuhi.

 

5 Comments

  1. menarik soretan sir marzuki a.k.a abam kie.. pengalame duk luar semenanjung..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum abe kie.. xpe nnty is teman kan yerrr hehehee is pun buka sorang2 jewww awek dok jauh

    ReplyDelete
  3. Hidup di perantauan memang macam tu lah. . Ada juga pengalaman manis utk dikenang dan dikongsikan.

    taqabbalallahu minna wa minkum.. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  4. pengalaman yng menarik..:)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.