Assalamualaikum. Pada hari ini abam kie ingin berkongsi syarat2 yg perlu dipatuhi jika ingin sesebuah group whatsapp itu kekal lama. Semoga bermanfaat, ya?

1.  Dipermulaan setiap hari sebaiknya didahului ucapan salam dan doa.
2.  Jawablah salam tersebut walaupun cuma seorang saja yg mampu menjawabnya.
3.  Kirimlah apa saja artikel agar grup tidak terlalu sunyi. Artikel yg lucu utk mnghiburkan. Artikel yg berguna sebagai ilmu pengetahuan. Semua itu adalah sedekah jariah kita.
4. Semua ahli biar sama-sama aktif. Tapi sederhana dalam segala hal.
5.  Sesekali tunjukkan suasana tempat kita dan apa aktiviti kita, untuk lebih merapatkan silaturahim.
6.  Saling bertanya khabar berita.
7.  JANGAN sekali2 mngirim sesuatu artikel, imej atau video dgn NIAT untuk menyindir/perli seseorang dlm grup. Biasanya ahli grup yg disindir itu akan faham dgn sindiran itu hingga timbul perasaan tersinggung, merajuk atau marah.
8.  Jika berlaku suasana yg tegang dalam grup, maka wajib seseorang cuba damaikan dan redakan ketegangan itu.
9.  Jika berlaku sesuatu perkara yang melukakan hati kita, jangan cepat sangat Left Grup atau marah. Cuba bersabar demi mengekalkan silaturahim.
10. Saling memaafkan dan jangan berdendam demi kerana Allah SWT.
11. Bila terima sesuatu artikel/info, sebaik2nya berilah respon jika perlu seperti komen atau berikan tanda seperti ini  dsbnya sebagai tanda kita berterima kasih dan menghargai atas usaha org tersebut menyampaikan berita untuk kita.
Semoga bermanfaat untuk kita semua.