Assalamualaikum. Semasa abam kie gi jalan2 ke AEON Mall, Kota Bharu pada minggu lepas, seorang promoter kad kredit AEON cuba menggoda abam untuk mendaftar kad kredit pasaraya berkenaan. Tapi abam kie menolak kerana sudah memiliki 2 keping kad kredit. Mujurlah kad2 ni tiada yuran tahunan cuma kena bayar cukai kerajaan sebanyak RM50 tu la! Kalau bukan kerana cukai tu abam kie tak potong la dua kad kredit lain tu. Tapi promoter tu bagitahu pemegang kad kredit kini dikecualikan daripada membayar cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak RM50 tu sejak 1 April 2015. Mula2 abam tak percaya tapi bila promoter tu bersungguh2 buka browser hp dia untuk google artikel mengenai perkara tersebut maka abam kie pun sudi meluangkan masa untuk dia sekejap.

Memang betul lah! Tiada lagi yuran perkhidmatan RM50 yg dikenakan sejak Januari 2010! Hmm.... kalau begini ada peluang la abam nak pohon kad kredit Citibank plak! Hehehehehe..

Sesungguhnya pemansuhan cukai perkhidmatan RM50 akan memberi manfaat kepada pemegang kad kerana kami kini boleh menggunakan kad kredit secara percuma sekiranya memiliki kad yang tiada yuran tahunan. Thanks Pak Jib!

4 Comments

  1. Alhamdulillah syukur..salam jumaat cikgu AK..

    ReplyDelete
  2. SALAM JUMMAAT CIKGU..BAGUS SGT TU BAGI YG GUNAKAN KAD KREDIT..

    ReplyDelete
  3. apa yang penting guna kad kredit ni kena bijak takut kita guna sampai tak ingat.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.