Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Abam Kie sudah menceburi bidang penulisan blog sejak 2007 tapi cuma aktif semenjak Nov 2012. Setahun kemudian abam kie membeli domain sendiri untuk mengukuhkan jenama abam kie di alam blog. Kini sudah hampir 4 tahun abam kie bergiat aktif di dalam dunia blog. Namun masih terdapat beberapa perkara yang masih belum tercapai. Perkara-perkara ini abam anggapkan sebagai azam blog tahun 2016. Jom ketahui apakah cita-cita abam kie dalam dunia blog ini!

1. Abam Kie nak kumpul sekurang2nya 1000 orang pengikut (follower) sebelum tahun 2016 berakhir. Sekarang cuma ada 925 pengikut, jadi abam kie perlu cari 75 orang lagi. Siapakah yg sudi follow blog abam yg suam2 kuku ini? Abam selalu gak BW dan follow blog2 yg ada tapi sedih betul sebab ramai yg x follow back. Dalam 100 blog yg abam follow, cuma 20 yg sudi follow back. Ramai betul blogger selfish rupanya!

2. Abam Kie nak cash out akaun Nuffnang dan Adsense tu. Setakat ni jumlah terkumpul dalam Nuff cuma RM38 manakala di Adsense dekat USD50 dah! Jeles gak tgok rakan2 blogger berjaya mendapat duit poket dari hasil penulisan mereka. Abam ni habuk pun tarak! Semoga pengunjung2 ke blog abam kie sudi klik iklan2 yg ada.... Tolong la insan yg lemah ini.

3. Abam Kie juga berharap entri abam kie akan berada di tangga teratas enjin carian Google dan yg sewaktu dengannya. Jadi abam Kie kena belajar ilmu SEO dulu. 

4. Abam juga nak angka Alexa tu mengecil kurang drp 1,000,000. Sebelum bertukar ke domain sendiri dulu ranking Alexa berada pd angka 500,000 tapi sejak beli domain makin merudum pulak!

5. Abam Kie juga berharap agar PR blog ini tersenarai. Bila check skrg ia tulis ranking N/A sdgkan semasa menumpang di blogspot dulu abam kie pernah capai PR2 lagi!

Baiklah itu sahaja azam2 blogging pada thn ini. Semoga semuanya tercapai. In Shaa Allah..