Bayangkan benda ini berlaku pada anda. Suatu hari pada masa sembahyang jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah. Tiba tiba masuk 2 orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam. Tak nampak apa apa cuma 2 biji mata dgn membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu duduk sekarang!!!!!!!" 

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 45 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing masing termasuk Pak Iman tu. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata "Okay Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat". Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah. 

Macam mana? Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas? Selain terhibur anda fikir fikirkanlah. Lawakkan, dari 1,000 org yang mengaku dia Islam hanya 45 yang betul betul beriman. Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya.

Kedua lelaki itu hanya membawa mesin-gun. Dia tak kata pun nak bunuh. Tapi generasi sekarang amat lemah. Baru kena ugut terus LARI lintang pukang. Lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi. Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. Tu pun bila time sembahyang jumaat. Tunjuk muka kat orang kampung. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali je. Tu pun bile time sembahyang raya. 

Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran. Lawakkan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba lumba mengejar dunia. Lawakkan, dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi yang berunsur agama. Kenapa sengeh? Tu kan realiti. Tapi yang paling lawak n sadis sekali, berapa orang yang lepas baca benda ni adakah akan kongsi dan sampaikan dekat orang lain? Tapi jika kalian menghayati di sebalik jalan cerita ni banyak mesejnya. Fikir fikirkan dan renung renungkanlah. Wallahua'lam.

6 Comments

  1. singgah singgah sini.
    moga allah sentiasa tetapkan iman kita semua

    ReplyDelete
  2. Kisah benar ke ni Abam Kie? Menarik..:)

    ReplyDelete
  3. hmm kisah2 lawak yg merisaukan kita...

    ReplyDelete
  4. klu kena kt aku tak tau la aku kt kmpulan yg mna., silap2 aku pun cbut.,

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.