Assalamualaikum. Semasa melayari FB tempohari abam kie terjumpa foto klasik iaitu keratan akhbar NST tahun 1976. Keratan akhbar berkenaan merupakan intisari rancangan televisyen tahun 1976. Pada masa itu cuma ada dua rangkaian televisyen RTM yang dipanggil Rangkaian 1 dan Rangkaian 2. Siaran pada hari biasa bermula jam 5 petang manakala pada hari minggu 3 jam lebih awal, Kandungan rancangan pun tidak banyak dan cerita pun bukannya best sangat. Siaran biasanya tamat pada jam 12 tengahmalam.

Melihatkan kepada rancangan2 yang disiarkan memang patutlah kami kanak2 pada zaman itu lebih suka bermain di luar rumah daripada menonton televisyen berbanding dengan kanak2 zaman sekarang. Rancangan kartun ada la 2-3 buah. Selebihnya dokumentari dan program pendidikan serta berita. Kalau nak tengok filem Melayu cuma pada malam Sabtu ajelah. 

Biasanya dalam satu kampung tu cuma sebuah atau dua buah rumah aje yang memiliki set TV. Jadi berduyun-duyunlah warga desa  menuju ke rumah berkenaan pada malam itu. Kadang2 TV ni guna bateri kereta jadi masa menonton adalah terhad. Cuma rancangan2 tertentu je boleh tengok.

Bila mengimbau kenangan menonton TV di rumah bapa dan datuk saudara pada masa kecil memanglah ada pahit-manisnya. Sekarang ni televisyen ada beratus2 siaran. Dalam bilik tidur pun ada TV jadi hiburan ada di mana-mana. Tepuk dada tanya selera. Begitulah adanya.