Assalamualaikum. Hari Raya Aidil Fitri 1436H disambut dengan meriah oleh Abe Kie, Kak Ton dan anak2 kami. Setelah 4 tahun menyambut raya berseorangan kini tibalah masanya untuk Abe Kie menyambutnya sebagai suami. Kak Ton lagilah gembira sebab inilah julung-julung kalinya dia menyambutnya sebagai isteri. Pada malam raya tu abe kie pergi ke masjid untuk menunaikan solat Isyak. Selepas balik tu sempatlah buat sedikit persiapan raya. Dekat jam 12 baru masuk tidur. Dah la tidur lewat, kul 4 dah terjaga. Terus tak boleh tidur. Kemudian abe kie pergi solat subuh di masjid. Selesai solat, kami balik untuk menjamah sedikit juadah ringan. Kul 8 pagi kami ke masjid lagi untuk solat sunat Aidil Fitri. Selesai solat hari raya, abe kie, kak ton dan anak2 pergi beraya ke kampung kak ton di Pasir Mas Kelantan.

Rumah yang pertama kami tujui sudah tentulah rumah ibu mentua abe kie yg kami panggil 'Mek'. Selepas beraya di rumah Mek, kami bergerak ke rumah Kak Moh iaitu kakak ipar abe kie. Sebelah petangnya kami beraya ke rumah bapa saudara kak ton, iaitu Pakcu Aziz. Dia ialah ustaz pencen yang kini menjadi imam di Pondok Haji Omar, Kubang Bemban. Selepas itu kami menuju ke rumah abang ipar abe kie yang dipanggil Abe Kie gak. Eh! Nama kami sama la... Dalam perjalanan ke rumah Abe Kie hujan turun dengan lebatnya beserta ribut kencang. Sebelum kembali ke Tanah Merah, kami menunaikan solat Asar.


Pada hari kedua, kami balik ke kampung abe kie di Machang, Kelantan pula. Kami bertolak pada jam 10 pagi bagi mengelakkan kesesakan trafik. Rumah pertama kami tujui ialah rumah bapa saudara abe kie iaitu Abe Ail. Sempat juga melihat anak sepupu kembar abe kie bernama Mohd Faris dan Mohd Haris yang berusia 3 bulan. Kemudian kami ke rumah arwah Pakcik pula. Dia ialah abang kepada arwah Ma. Nampaknya semua sepupu abe kie ada di rumah pada masa itu. Selepas itu kami menuju ke rumah ibu saudara abe kie yang kami panggil Su. Su ditemani keluarga anak perempuannya Lin kerana anak lelakinya Awe pulang beraya ke Perak.

Perjalanan beraya di kampung abe kie diteruskan ke rumah ibu tiri abe kie iaitu Mak Su Ani. Di sini kami dijamu dengan nasi arab dan sup tulang. Kemudian kami menuju ke rumah jiran abe kie iaitu Mak Adik. Dia ialah guru Al-Quran di kampung abe kie. Akhirnya kami berehat di rumah kakak kedua abe kie iaitu Kak Yah. Kakak ketiga abe kie iaitu Kak Nah dan suaminya Abe Mie sudah sampai di kampung dari Bangi. Cuma kakak sulung abe kie iaitu Kak Zun yg masih belum sampai gara-gara traffic jam. Akhirnya Kak Zun sekeluarga sampai di kampung pada jam 6 pm.  




Akhirnya abe kie bertolak balik ke Tanah Merah pada jam 8pm kerana ingin mengelak traffic jam. Dua hari raya yang meletihkan bagi abe kie, kak ton dan tiga puteri kami namun ianya saat yang indah kerana dapat berkunjung ke rumah kaum keluarga dan saudara-mara bagi merapatkan silaturrahim.