Assalamualaikum. ๐Ÿ‘ˆ Tema Hari Guru tahun 2015 ๐Ÿ‘ialah GURU MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK. Sedap sajak A. Samad Said ini yang ditujukan kepada semua guru, ibubapa, ahli politik, masyarakat dan pihak pentadbir dunia pendidikan sekarang. Sila hayati baik2, ok?

Murid sekarang....
Ya Allah amat menguji keimanan cikgu.
Sabarlah cikgu...jgn hilang pertimbangan ...

Mana tak Melayu lemah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah

Beli buku tak mampu
Hand phone pintar dlm saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu

Aku pelanggan
Aku raja
Naik kepala

Cikgu ajar patut patut
Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput

Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever.
Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman

Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...

Dedicated to teachers