Seperti yang semua orang maklum banjir besar melanda Pantai Timur pada penghujung tahun 2014 yang telah mengakibatkan kerosakan besar terutama sekali di Kelantan. Kini setelah dua bulan bencana itu berlalu, kesan2 peninggalannya masih ada. Abe Kie terutamanya sudah empat hari mendapat MC sehingga bulan Februari ini. Pada bulan Januari abe kie telah demam, selsema, sakit kepala dan batuk gara2 terhidu debu dan habuk semasa membersihkan rumah. Persekitaran udara kotor di luar juga memburukkan lagi keadaan.

Kemudian pada bulan Februari pula abe kie mengalami masalah kesihatan yang sama dimana tonsil abe kie telah bengkak menyebabkan suhu badan meningkat. Selain daripada itu, abe kie juga mengalami batuk berterusan, selsema dan sakit kepala. Terus abe kie pergi berjumpa doktor di klinik dan Alhamdulillah abe kie dibenarkan cuti sakit selama dua hari. 

Keesokan harinya isteri tersayang pula terkena demam kerana mendapat jangkitan dari abe kie. hehehehe...jika semasa abe kie demam kak wan yg menjaga abe kie, kini bila dia demam, abe kie pula yg kena jaga dia. Tolong-menolong amalan mulia kan?

Jadi kpd kwn2 yg terjejas kerana banjir baru2 ini diharapkan dpt menjaga kesihatan masing2 agar tidak mengganggu urusan kerja dan sebagainya. Aamiin...