Pada zaman dahulu memang kita kerap menggunakan SMS sebagai media untuk berhubung kerana kosnya yang rendah. Ada sampai 1 sen sahaja jika sesama telco. Remaja terutamanya selalu menghantar SMS sesama mereka dan jarang berbual di telefon kerana ingin menjimatkan kos.

Tapi sejak era telefon pintar berleluasa, pengguna telefon kini kurang menggunakan SMS kerana kita para pengguna lebih selesa menggunakan program sembang seperti Whatsapp, Wechat, Line, Viber, Kakao Talk dan sebagainya. Program sembang ini lebih menyenangkan kerana kita boleh berbalas-balas mesej dengan pantas atau 'realtime'. Sembang la selama mana pun dan sebanyak mana mesej bertukar tangan tapi kosnya tetap sama. Lainlah jika guna SMS... setiap SMS yang dihantar akan dicaj.

Namun SMS masih diperlukan di dalam kehidupan seharian kerana masih ramai diantara kita yang masih menggunakan telefon biasa. Lagipun SMS tidak memerlukan talian internet. Jadi mudah la kita untuk menghubungi sesiapa jua terutama sekali jika ada mesej penting. Oleh itu jika ada mesej penting, baik hantar guna SMS, ok?