Hampir kesemua negeri sedang melaksanakan peperiksaan percubaan SPM 2014 dan sekolah abah zuki juga sudah melaksanakan peperiksaan percubaan ini semenjak 21 Ogos lalu dan akan berakhir pada 8 September nanti. Pada kali ini PPD menyelaraskan soalan2 utk subjek teras spt BM, BI, Matematik, Sains, Agama, Sejarah dan ains Tulen. Untuk itu, guru-guru pakar setiap subjek telah dipanggil untuk menggubal soalan2 Percubaan SPM Daerah. Abe Kie juga telah terlibat dalam penggubalan soalan Bahasa Inggeris.

Pada kali ini Penolong Kanan 1 telah mengarahkan agar peperiksaan dijalankan di dalam kelas masing2. Tidak seperti thn2 sebelumnya dimana dewan peperiksaan dibuka di tingkat atas sekolah. Mujur gak tak jadi buka jadi x payah la abah mengerahkan budak2 tu menyusun kerusi meja. Penat gila tu mengerah budak2 yg dah besar ni.

Sekarang ni abah tgh sibuk menanda skrip jawapan murid2. Abah mengajar 2 kelas tingkatan 5. Ada 62 org pelajar semuanya. Jadi abah kena tanda 124 skrip! Tarikh akhir utk mengisi markah ke dalam komputer Unit Peperiksaan ialah pada 21 Sept. Hmm....masih ada banyak masa tu.. Tarikh akhir utk SAPS x pastilah pulak.

OKlah, selamat menduduki peperiksaan percubaan SPM kpd semua murid tingkatan 5 di seluruh Malaysia.