Assalamualaikum. Pada kali ini abe kie ingin meluahkan rasa geram terhadap Celcom. Ceritanya begini. Dulu abe kie ada melanggan pakej kakitangan kerajaan broadband Celcom. Setelah dua tahun guna, abe kie memotong talian tu sebab nak guna streamyx. Pada bil terakhir Celcom bulan Disember 2013 terdapat lebihan bayaran sebanyak RM38.33. Abe Kie dah telefon banyak kali ke talian 1111 meminta duit refund tu sejak Mac 2014. Setiap kali call, kerani khidmat pelanggan tu beri alasan jabatan akaun Celcom belum proses refund la, tak jumpa cari diapers anak la atau pun boss Celcom tengah cari bini no 4 la. Macam2 alasan yg mereka bagi.

Kini dah masuk bulan Oktober 2014. Kesabaran abe kie ada hadnya. Memang la RM38.33 tu bukannya jumlah yg besar. Tapi kalau 100 org bekas pelanggan mereka buat macam ni alamat boleh balik hari la staff Celcom tu gi Makkah! In sha Allah lepas ni abe kie nak mengadu kepada Kementerian Hal Ehwal Pengguna plak. Baru mereka tahu langit itu tinggi atau rendah. 

OKlah, lepas ni abe kie nak tel talian 1111 dan bagitahu kerani khidmat pelanggan Celcom yg entri ini sudah disiarkan  dan seleuruh dunia sudah mengetahui tipu muslihat mereka. Baru mereka tahu kuasa blogger spt kita kan? jadi apa  kata kawan2 yg baik hati dan prihatin sekalian? Terima kasih.