Dari kaunter juruwang kedai runcit kampung di Ketereh, Kelantan...

Alhamdulillah... baru setengah hari, rezeki berniaga agak ok hari ni. Dalam pada mencongak untung rugi semalam, teringat kisah si miskin, yang saya namakan si A dan si kaya, yang saya namakan si B. Semasa si A datang ke kedai semalam, pelanggan agak ramai masa tu. Kebetulan si B juga ada dikaunter bersama kawannya. Dengan suara yang agak perlahan, dia meminta barang-barang ingin dibelinya:


1. Beras nasional 1kg (beras paling murah yang saya jual)
2. Ikan bilis rm1.

3. Bawang rm1 (3 jenis bawang dicampur)
4. Ikan masin rm1.
5. Cili kering rm0.50.


Si B yang menguping sama mendengar kata-kata si A, tiba-tiba menegur si A, "Takkan banyak tu jer beli? Stok untuk berapa hari? Kalau saya, untuk sekali masak pun, tak cukup. Tuan kedai nak jual pun tak berbaloi". Disambut oleh gelak tawa rakannya. Si A tidak menjawab cuma tersenyum sahaja. Huhu..... saya tak kata apa, dia pulak yang lebih-lebih. Memang si A ni selalu datang dan saya dah biasa sangat dengan dia. Selagi ianya masih dalam kadar boleh ditimbang dan disukat, saya tetap jual dalam kadar yang diminta oleh pelanggan. Saya hanya mampu berkata dalam hati kepada si B, 'mind your own business'... huhu...

Saya bersyukur kerana berada di tempat ini, berpeluang untuk berkomunikasi secara langsung dengan masyarakat kg dan meneropong serta menelusuri hidup golongan yang tak berkemampuan ini. Pada saya, elok kiranya berbelanja mengikut kemampuan dan tidak berhutang. Mungkin si A, ingin mengelak dari berhutang jadi dia berbelanja mengikut wang yang ada dipoket. Bagi sesetengah orang, mereka lebih suka mengamalkan prinsip 'Biar papa, asal bergaya'... Namun kita lupa, dalam pada kita berharta, ada harta mereka di dalamnya yang kita lupa atau buat-buat lupa.

Cincin suasa emas berkarat,
Berlian delima dibelah tiga,
Kenapa dunia memilih darjat,
Si kaya dipuja, si miskin dihina.

Gemersik bunyi air mengalir,
Alunan indah membentuk nada,
Terusik jiwa rasa terusir,
Kala di tengah orang berada.

Sudah puas kutanam padi,
Nenas juga dipandang orang,
Sudah puas aku berbudi,
Emas juga dilihat orang.

Singgah ke pulau menggali ubi,
Kalau ke beting berdayung juga,
Sepuluh kali kita berbudi,
Kalau miskin terbuang juga.

Sembah salam ampun maaf,
-mizzeta, 170614, 1634-

17 Comments

  1. ish berlagak nye si B tu...mesti si A malu tp xpelah..asalkan dia masih mampu membeli lagi..Malu dpn manusia xde pape..asalkan malu dpn Allah lebih memadai

    ReplyDelete
  2. mungkin si B tu lupa yang bila2 mase Allah boleh tarik nikmat kekayaan dia tu..jgn duk hina org sangat..huhu..

    ReplyDelete
  3. Si B tu lupa bahawa kekayaan nya ujian buat diri nya sendiri... sanggup dia menghina org sedemikian rupa ... Geram pulak saya membacanya abe kie..

    ReplyDelete
  4. manusia ni ada yang jenis main cakap lepas je..ingat semua orang senang macam dia..huhu

    ReplyDelete
  5. Salam. Iktibar sebenarnya buat kita semua. Ada masa susah, pasti akan tiba masa senang. Dikala kita kaya dan bahagia, jangan lupa badai pasti mendatang..

    ReplyDelete
  6. sedihnya..doakan si B berubah..
    Iktibar pada diri saya juga.

    thank you datang pesta kata haritu :)

    ReplyDelete
  7. Abe Ki, walaupun crita ni xdek la menyayat hati sangat... tapi saya mengalir aer mata. Mak ayah saya orang susah.. masa kecil, sekolah menengah n sebelum saya ada apa y saya ada sekarang, mak ayah memang selalu beli dalam kadar yang cukup2.. kubis pun beli suku, bawang putih kira ulas.. saya faham dan rasa realiti si A tu. Orang kaya takkan pernah faham. Saya ore klate gop Abe Ki :)

    ReplyDelete
  8. Hidup ibarat roda,ada masa di atas dan ada masa di bawah. Berbahagialah mereka yang selalu bermuhasabah dan insaf dengan segala pinjaman yang Allah berikan.

    ReplyDelete
  9. Si B kena merasa apa yg A rasa. Baru dia tahu rasanya.

    ReplyDelete
  10. ragam manusia memang macam tu, elok lah berjimat cermat. Syukran banyak rezeki hari ini ya..saya petang2 layan tidurlah letih jg berpuasa 6 syawal..

    ReplyDelete
  11. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/

    salam kenal kepada blogger lain

    ReplyDelete
  12. untuk hidup memang kita memerlukan ilmu, kadang tengk org mcm si b,kesian.. mungkin masih kurang ilmu dalam kehidupan...aid mubarak utk abe kie, sorry lambat skit wish :)

    ReplyDelete
  13. ramai yg gemar menegur tanpa memgetahui cerita disebalik pandangan mrk...

    ReplyDelete
  14. sy pun selalu minta timbang sikit2 bila nak membeli...sebab klu beli byk kengkadang xhabis guna...bawang dah buruk...lagi la rugi kan...

    apapun klu sy si A...apaku kesah dgn si B tu...bukan sy guna duit dia punnnn...hihi

    ReplyDelete
  15. Penuh pengajaran entri ni AZ ....kadang kadang bila kita dikurniakan kesenangan oleh Allah...kita lupa yg itu adalah ujian utk kita jadi tambah jauh darinya. Moga dijauhkan

    ReplyDelete
  16. Haah..memang si B tu patut "Mind your own business. " Kalau setakat nak memgejek orang takde pekdah. Dosa yang dapat. Kan lebih baik dia sedekah kalau rasa dah kaya sangat. Rezeki yang kita dapat ni bukan hak mutlak kita. Ada bahagian untuk orang lain juga yang perlu kita kongsikan. Kalau setakat dia sedekahkan duit RM10 or 20 hengget tak luak kott.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.