Assalamualaikum wrt wbt. Apa khabar sahabat2 blogger yg dihormati sekalian? Masih sibuk berkunjung ke rumah kaum keluarga, saudara-mara n rakan taulan? Bagus tu. Masa inilah kita sepatutnya merapatkan silaturrahim sesama kita. Raya raya jugak. Tapi entri baru kena disiarkan untuk tatapan pengunjung setia blog abe kie sekalian. Pada entri ini abe kie ingin mengajak sahabat2 bermuhasabah tentang pembinaan jati diri dikalangan kita. 

Wahai sekalian sahabat budiman :

Ketika orang China hendak hidup dalam keadaan aman, mereka membina tembok besar, dengan anggapan tiada siapa mampu memanjatnya kerana terlalu tinggi, namun hakikatnya dalam seratus tahun pertama sahaja mereka diserang sebanyak tiga kali, setiap kali musuh mereka hendak serang mereka tak perlu robohkan atau panjat tembok besar. Mereka hanya perlu rasuah para pengawal dan masuk melalui pintu. Masyarakat China ketika itu sibuk membina tembok dan lupa nak membina jati diri pengawal mereka.

Membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan lain dan inilah yang kita perlukan untuk anak-anak dan pelajar-pelajar kita pada hari ini.

Seorang orientalis berkata : kalau nak runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka ada 3 cara ;

1. Runtuhkan ikatan kekeluargaan.
2. Runtuhkan sistem pendidikan.
3. Jatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa.

Untuk meruntuhkan ikatan kekeluargaan ketepikan peranan IBU dalam keluarga. Biarkan para wanita rasa diri mereka tak sempurna bila mereka digelar suri rumah.

Untuk meruntuhkan sistem pendidikan berikan tekanan kepada para GURU. Jangan berikan mereka kedudukan dalam masyarakat, hilangkan rasa hormat terhadap mereka di kalangan para pelajar.

Untuk menjatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa, jatuhkan kedudukan para ulama, sehingga masyarakat sekeliling tidak menghormati mereka.

MAKA APABILA PERANAN IBU HILANG, PERANAN GURU DIPERLEKEHKAN DAN PARA ULAMA TIDAK MENJADI SUMBER RUJUKAN DAN IDOLA MASYARAKAT, MAKA SIAPAKAH YANG AKAN MENGAJAR MASYARAKAT ITU ERTI KEHIDUPAN YANG HAKIKI?

Renungan bersama.

8 Comments

  1. Tq sebab sharing ilmu baru buat CikPin..

    ReplyDelete
  2. Betul..entri yg baik..

    ReplyDelete
  3. Mashaallah.
    Takut saya baca ni Abe Kie sebab dah terjadi pun skrg ni. Will share this in wassap groups.

    ReplyDelete
  4. mommy irra seorang suri rumah :)
    berbangga sebab terpilih untuk menjaga anak-anak sendiri. semoga mereka menjadi anak yg soleh dan solehah. anak-anak yang berguna dunia dan akhirat.
    Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin daripada irrayyan.com

    ReplyDelete
  5. Saya tidak setuju berkenaan meruntuhkan sistem pendidikan berikan tekanan kepada para GURU. Jangan berikan mereka kedudukan dalam masyarakat, hilangkan rasa hormat terhadap mereka di kalangan para pelajar. Orientalis Barat menggunakan sistem pendidikan yang baru untuk meruntuhkan sistem pendidikan yang sedia ada dalam sesebuah tamadun. Contohnya, penjajah British membentuk sistem pendidikan baru yang disifatkan sebagai moden untuk anak peribumi di Tanah Melayu menggantikan sistem pendidikan bangsa Melayu yang berteraskan agama Islam. Hal ini menyebabkan para pelajar dari sistem pendidikan pondok dan madrasah tidak diberi tempat untuk menjawat jawatan2 dalam pentadbiran. Secara tidak langsung sistem pendidikan pondok dan madrasah dilabelkan tidak ada nilai ekonomi melainkan bekerja sebagai ustaz dan ulama. Sebelum zaman British, tamadun bangsa Melayu berteraskan Islam menggunakan huruf Jawi iaitu huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Penjajah British telah mengubah tulisan Jawi yang dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu kepada abjad Rumi agar pembinaan tamadun bangsa Melayu terputus dari Islam dan al-Quran sebaliknya berkiblatkan kepada Barat. Walaupun usaha penjajah British tidak berjaya sepenuhnya namun sedikit sebanyak tindakan itu ada kesannya seperti yang diharapkan oleh penjajah British. Contohnya, sistem pendidikan Malaysia kini di sekolah kebangsaan terasnya adalah sistem pendidikan moden yang diterapkan oleh penjajah British.

    ReplyDelete
  6. satu prkongsian ilmu yg sgt berguna

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.