Assalamualaikum, Kawan2 menutup aurat kan? Bagus! Itulah ciri2 muslim dan muslimah yang terpuji. Berikut abe kie ingin berkongsi satu seloka bertujuk 'Menutup Aurat'. Terima kasih sebab sudi baca.

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekung pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Di tumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci .

Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.

14 Comments

  1. satu peringatan untuk kawan2...good sharing zuki..

    ReplyDelete
  2. eh, da tukaq header..haha! bgus betul pantunnya..

    ReplyDelete
  3. Perkhh.. Hebat cikgu berpantun.
    Hehehe
    Maza suka maza suka...
    Lepas ni maza pakai tudung volleh?
    Ahaks


    ReplyDelete
    Replies
    1. Bgus pantun cikgu. Nt klo jmpe yg xttup aurat bule bc dpn die..

      Delete
  4. lama x komen sini. Header mkn ngancam lah abe kie

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum semua.. jemput ke blog sy :)
    nak tukar bloglist? sape setuju sila kesini
    http://akusijebat.blogspot.com/2014/06/jom-tukar-bloglist.html

    ReplyDelete
  6. pandai ya abe berpantun.. hehee. melabuhkan tudung tu bkn susah mana

    ReplyDelete
  7. Thanks AK..kerana mengingatkan..

    ReplyDelete
  8. Memang terbaik la pantun seloka Abe Kie ;)

    ReplyDelete
  9. peringatan yang bagus untuk noe dan kawan2 perempuan di luar sana

    ReplyDelete
  10. Owh..abe Ki ni cikgu ke? Ngajar subject gapo?

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Jangan pakai je tudung tapi nampak bentuk buah dada.

    Sia-sia je.

    Good sharing, bro.

    Hafez the Great
    sedang berusaha untuk capai 68kg...

    ReplyDelete
  13. Seloka yang mengandungi nasihat yg berguna

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.