Assalamualaikum. Pada kali ini abe kie ingin berkongsi cerita benar yang ditulis oleh kawan abe kie yang bekerja sebagai juruwang kedai runcit emaknya di Ketereh, Kelantan. Nama kawan abe kie ni Miss Zieta. Dia sebenarnya ada ijazah cuma berhenti kerja untuk menolong orang tuanya di kampung. Sila baca dan hayati ya?

-----------------------------------------------------------

Another true story.. an experience of mine...beruntung jgk jd sy ni... x pnya kja ttp; ada byk masa utk sibuk2 jga tepi kain orang... like i care....huhu...

Ceriteranya bermula di sini ... tgh sibuk2 lyn customer yg x brp nk ramai mana tu, singgahlah 1 motor yg sarat penumpang... 3 anak lelaki membonceng; sorang lg baby girl dikendong ... dlm hati... "kesiannya.."

Dtg kedai beli brg keperluan harian ....susu baby tin kecik, beras 3kg, pampers 3 helai, ikan masin & telur... selesai semua, dia bwk dtg kaunter cashier.. "kak, blh byr dgn syiling x?" .... terkedu seketika ... tp sy ttp angguk ... dah kira2, byk syiling 5sen; jumlhnya pun ngam2 jek ...tp sy terima jgk... tu pun masih x cukup rm1... tp sy kata "xpe lah...sedekah utk bdk2..." Sblm balik, ank2 dia merengek mntk dibelikan ais krim & gula2... tp ibunya langsung menarik ank2 yg sedang menangis ke motor... tersentuh hati seketika ...

Another situation, a day after, org yg sama singgah lagi tp dgn si suami ... si suami singgah beli rokok Dunhill sekotak (yg harganya rm12 tuuuu), si isteri dlm pakaian menoreh...

Half an hour after, si suami dah balik & singgah kedai kopi, sembang pompang2 sambil main dam aji ....Huhu... ingt kn dia menoreh bersama si isteri .. Matahari tgk atas kepala, baru dia jemput si isteri dr kebun & hantar isteri utk balik masak & dia plk sambung ber 'dam aji' di kedai kopi...

Sedih sgt tgk situasi mcm ni... knp jd mcm ni? Bkn dulunya bercinta bagai nk rak, janji nk sehidup semati, u jump i jump... tp knp di pengakhirannya mcm ni...Huhu ... please.... give half of yr consideration to yr beloved wife... she is yr another half... Mana janji nk ssh senang bersama dulu..

Sepertimana yg sy selalu baca, suami haruslah memberi nafkah makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal kpd isteri. Sabda Nabi Rasulullah SAW: "Engkau (suami) harus memberinya makan jika engkau mkn dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah engkau menempeleng wajahnya, Janganlah engkau menghinanya dan jgnlah engkau membiarkannya kecuali di rumah". (HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban)

Disaat harga getah turun,
Diwaktu harga barang melambung,
Si suami tega lepak berkurun,
Biarkan isteri pepagi berembun...

Mencari sesuap nasi bkn lah mudah,
Isteri membanting tulang punyalah payah,
Suami cuma tau menadah,
Suami mkn lauk, isteri mkn kuah...

Mana suami tempat bergantung,
Isteri taat setia menjunjung,
Aku yg melihat cuma memohon,
Berubahlah demi isteri & ank2 kandung .

-miz zeta 290514-

18 Comments

  1. Fitrah kehidupan manusia.. moga ia menjadi iktibar bagi yg lain.. :D

    ReplyDelete
  2. xbertanggungjawab punya suami..huhu

    ReplyDelete
  3. masa x merubah appa2 ya...kisah2 lama yg banyak berlaku dulu2 tetap jua berulang...

    ReplyDelete
  4. Kalau suami x berubah, isteri kena berubah. Mohon taklik...tiada nafkah. Kalau tak perlu tanggung biawak hidup, mungkin hidupnya sedikit ringan bersama anak2. Stand up woman...

    ReplyDelete
  5. Tak payah jadi lelaki la macam ni. Buat malu kaum lelaki je.

    ReplyDelete
  6. "Suami cuma tau menadah" siang dan malam... yang ni, agak menarik...

    ReplyDelete
  7. sedihnya..kesian isteri n ank2 die.. :'(

    ReplyDelete
  8. Banyak dah berlaku benda mcm ni ZD...Syukur saya dikurniakan suami yg bertanggungjawab....Moga anak pompuan kita nanti pun tidak disia siakan oleh menantu yang begitu satu hari nanti kan ZD

    ReplyDelete
  9. Banyak dah berlaku benda mcm ni ZD...Syukur saya dikurniakan suami yg bertanggungjawab....Moga anak pompuan kita nanti pun tidak disia siakan oleh menantu yang begitu satu hari nanti kan ZD

    ReplyDelete
  10. bukan cerita barukan..
    selalunya si isteri sabar orangnya..

    ReplyDelete
  11. Ini bukan ayah/suami namanyam tetapi sekadar seorg lelaki. Naifnya wanita itu boleh pulak bertahan..

    ReplyDelete
  12. Tu la..
    Take for granted..
    Abe kie,
    jemput join GA ini
    http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/06/giveaway-puasa-rm50.html

    ReplyDelete
  13. Sedih baca cerita mcm ni, kdg2 terfikir tak tahu ke tanggungjawab ;(

    ReplyDelete
  14. Untuk lebih adil dan tidak terbawa2 dengan mainan emosi, maza fikir pasangan ini perlu dibantu dan diberikan kaunseling.

    Ada banyak sebab mengapa suami begitu dan isteri begini. Pendapat maza, perkara yang menekan itu adalah disebabkan tingkah laku kedua2 mereka. Sesungguhnya Allah Maha Suci tidak akan menzalimi hamba2nya kecuali diri sendiri menzalimi diri dan tidak mahu berubah ke kehidupan yang lebih baik.

    Jika benar ada pasangan sebegini, maza doakan agar maza dan pasangan tersebut diampunkan dosa dan Allah SWT mengeluarkan kita daripada kesengsaraan di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  15. Tak patut....
    Abe Kie ...saya di Kelantan. .

    ReplyDelete
  16. Mitk2 laa 1 hari nnti laki tu diberi sesuatu yg boleh menyedarkan tggjwp dia tuu.

    ReplyDelete
  17. Saya lebih menghargai lelaki yang berusaha gigih mencukupkan nafkah keluarganya sehingga sanggup buat dua, tiga atau empat kerja part time.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.