Begitulah MANUSIA... Ini ialah satu entri yang boleh mengingatkan kita tentang kejayaan dalam hidup kita pada usia yang berbeza.

Pada usia 4 thn, kejayaan anda ialah anda tak kencing dlm seluar,
Pada usia 8 thn, kejayaan anda ialah anda mengenali jalan pulang ke rumah,
Pada usia 12 thn, kejayaan anda ialah memiliki kawan2,
Pada usia 18 thn, kejayaan anda ialah anda berjaya memiliki lesen memandu,
Pada usia 23 thn, kejayaan anda ialah keluar dari universiti (sebagai graduan)
Pada usia 25 thn, kejayaan anda ialah mendapat pekerjaan,
Pada usia 28, kejayaan anda ialah memiliki isteri / suami,
Pada usia 30, kejayaan anda ialah mendapat anak,
Pada usia 35, kejayaan anda ialah memiliki harta (spt rumah sendiri),
Pada usia 45, kejayaan anda ialah anda masih kelihatan muda dan bertenaga,
Pada usia 50, kejayaan anda ialah anak2 anda telah berjaya,
Pada usia 55, kejayaan anda ialah anda masih mampu kemenuhi tanggungjawab suami isteri,
Pada usia 60, kejayaan anda ialah anda masih mampu memandu sendiri kereta,
Pada usia 65, kejayaan anda ialah hidup tanpa penyakit,
Pada usia 70, kejayaan anda ialah anda tidak merasa diri anda beban atas org lain,
Pada usia 75, kejayaan anda ialah anda masih mempunyai kawan sebaya,
Pada usia 80, kejayaan anda ialah anda masih ingat jalan pulang ke rumah (tak pelupa),
Pada usia 85, kejayaan anda ialah anda masih tidak kencing dlm seluar...
Begitulah dunia (pusingan yg dialami semua hamba).
Lebih murah daripada apa yang sepatutnya kita jaga.
Kata imam Ghazali...yg paling dekat dgn kita ialah MATI..

18 Comments

  1. Hmm..betul jgak tu. Sekurangnya kita tak rasa down sbb memikirkan xcapai pape.

    ReplyDelete
  2. betul2..kekadang kita je tak terfikir..

    ReplyDelete
  3. huhu selalu jugak terfikir, mampu ke nak capai kejayaan,, masa depan yang kabur2 lagi ni huhu

    ReplyDelete
  4. Walaupun kejayaan juga berputar. Tapi kira-kiranya banyak juga kejayaan sepanjang hidup kita ni tanpa kita syukuri. Sekali-skala tersungkur, time tu siap maki hamun dunia pulak.. Aduyai...
    Trimas Abe Ki! Perkongsian yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Kita adalah seorang yg berjaya atas apa yg kita usahakan sendiri. Trimas Cikgu ^__^

    ReplyDelete
  6. mati adalah kejayaan akhir.....

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  7. kdg2 kejayaan tersebut kita sdiri tak nampak dan merungut dgn diri sendiri..spatutnya kita lebih rasa bsyukur..:)

    ReplyDelete
  8. deep-
    huhu.
    hidup dlm bulatan..

    ReplyDelete
  9. aaahhh...betul tu Abe Kie.
    ** tapi lawak jugak bila abe kie sentuh pasal tak kencing dalam seluar :) Tingat kat adik lelaki dolu2..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...Abe Kie, Renungan terbaik buat ingatan bersama.

    Salam Ramadan 1435H. Semoga Ramadan tahun ini menjadi yang terbaik dalam hidup anda, Amiin. Dikesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap mahupun kekhilafan yang mengguris hati... Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  11. Betul tu Abe Kie.. perkara yg kdg2 tak semua kita menyedarinya. Sgt baik utk direnungkan bersama.
    Salam Ramadhan Abe Kie.. :)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Abe Kie...terbaiklah..
    Selamat berpuasa dan berterawih.

    ReplyDelete
  13. mengharapkan kejayaan kita di akhirat nanti.mampukah aku?penuh suspens.

    ReplyDelete
  14. Hidup ini berputar seperti bumi jugak kan Abe kie

    ReplyDelete
  15. Saya suka dengan kenyataan pencapaian kejayaan ketika berusia dari 60 tahun sehingga 85 tahun. Muhasabah diri.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.