Assalamualaikum. Saya mendapat artikel ini dari kumpulan whatsapp alumni SMACH90. Terdetik hati abe kie untuk berkongsi entri yg menarik ini kerana ia mengajar kita agar tidak mengeluh terhadap apa yg berlaku kepada kita kerana sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmahnya. Hanya Allah sahaja yg tahu apa yg terbaik buat kita. Wallahualam. Sila hayati ya, kwn?

Kisah benar berlaku di Pakistan. Seorang Dr Pakar Bedah terkenal bernama Dr Ishan tergesa-gesa menuju airport. Beliau akan menghadiri Seminar Dunia dalam bidang perubatan yang akan membincangkan penemuan terbesarnya di dalam bidang perubatan. Setelah perjalanan pesawat kira-kira 1 jam, tiba-tiba pesawat mengalami gangguan dan perlu mendarat di airport yang terdekat.

Beliau pergi ke bilik penerangan dan berkata: "Saya ini doktor pakar, setiap minit nyawa manusia bergantung pada saya dan sekarang kamu meminta saya menunggu pesawat dibaiki dalam tempoh 16 jam?"

Pegawai itu menjawab: "Wahai doktor, jika anda terburu-buru anda boleh menyewa kereta, tujuan anda tidak jauh lagi dari sini, kira- kira dengan kereta mengambil masa 3 jam."

Dr. Ishan setuju dengan cadangan pegawai tersebut dan lalu dia menyewa sebuah kereta. Baru berjalan 5 minit, tiba-tiba cuaca mendung disusuli dengan hujan lebat yang mengakibatkan jarak pandang sangat terhad.

Setelah berlalu hampir 2 jam, dia tersedar yang dia telah tersesat dan terasa keletihan. Kelihatan sebuah rumah kecil tidak jauh dari hadapannya, lalu dia singgah di rumah tersebut. Dia mengetuk pintu dan terdengar suara seorang wanita tua: "Sila masuk, siapa ya?"

Dia masuk dan meminta kepada wanita tua tersebut untuk berehat dan mahu meminjam telefon. Wanita tua itu tersenyum dan berkata: "Telefon apa nak? Apa kamu tidak sedar ada di mana? Di sini tidak ada elektrik, apalagi telefon. Namun demikian, masuklah dahulu untuk berehat, tunggu sebentar saya buatkan teh dan sedikit makanan untuk menyegarkan dan mengembalikan kekuatan kamu. "
Dr. Ishan mengucapkan terima kasih kepada ibu itu, lalu memakan hidangan. Sementara wanita tua itu bersolat dan berdoa, doktor tersebut perlahan-lahan mendekati seorang kanak-kanak yang terbaring tidak bergerak di atas katil di sisi wanita tua tersebut dan dia kelihatan gelisah. Wanita tua tersebut meneruskan solatnya dengan doa yang panjang.
Doktor mendatanginya dan berkata: "Demi Allah, anda telah membuat saya kagum dengan keramahan anda dan kemuliaan akhlak anda, semoga Allah memakbulkan doa-doa anda."
Berkata wanita tua itu: "Nak, anda ini adalah ibnu sabil yang sudah diwasiatkan Allah untuk dibantu. Sedangkan doa-doa saya sudah dimakbul Allah semuanya, kecuali satu"

Bertanya Dr. Ishan: "Apa doanya?"

Wanita tua itu berkata: "Anak ini adalah cucu saya, dia yatim piatu. Dia menderita sakit yang tidak boleh diubati oleh doktor-doktor yang ada di sini. Mereka berkata kepada saya ada seorang doktor pakar bedah yang mampu menyembuhkan, namanya Dr. Ishan. Tetapi dia tinggal jauh dari sini dan tidak mungkin untuk saya membawa anak ini ke sana. Saya bimbang jika berlaku apa-apa semasa dalam perjalanan. Makanya saya berdoa kepada Allah agar memudahkannya."
Menangislah Dr. Ishan dan berkata sambil teresak: "Allahu Akbar, Laa haula wala quwwata illa billah. Demi Allah, sungguh doa ibu telah membuat pesawat rosak dan perlu diperbaiki lama serta membuat hujan petir dan menyesatkan saya, hanya untuk mengantarkan saya ke sini secara cepat dan tepat. Sayalah Dr. Ishan, sungguh Allah swt telah menciptakan sebab seperti ini kepada hambaNya dengan doa. Ini adalah perintah Allah kepada saya untuk merawat anak ini."
💖💖🌼
Jangan berputus asa untuk berdoa wahai sahabatku.

💖
Setiap kita ada hajat n rintihan tersendiri... Jom perbanyakkan doa.... 

19 Comments

  1. Allah huakbar.... Islam Agama ku dan kekal aku dengan Islam hingga ke akhir hayatku...

    ReplyDelete
  2. Subhanallah. Setiap yang berlaku adahikmahnya. Setiap jalan mencari kejayaan kekadang diuji dengan ujian kegagalan. Tetapi jangan pernah menyalahkan takdir

    Perkongsian yang sangat baik

    ReplyDelete
  3. Semoga kita sentiasa bersyukur diatas segala kurniaanNya..

    ReplyDelete
  4. i'allah..akan sentiasa tidak ptus2 berdoa..

    ReplyDelete
  5. Subhanallah, sesungguhnya bila Allah ingin mempermudahkan,maka mudahlah urusan itu bagi hambaNYA. Cerita ini amat meyentuh hati saya sesungguhnya La Hawlawala Kuwata Illah Billah Hilaliyul Azim.

    ReplyDelete
  6. SubhanaAllah..banyaknya hikmah yang Allah berikan kepada kita tanpa kita sedari.. ^_^

    ReplyDelete
  7. nice sharing. tanpa kita sedar, ALLAH dah banyak tolong kita kan. kita je kadang-kadang tak nampak.

    ReplyDelete
  8. great! Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
    "Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
    (HR Hakim)

    ReplyDelete
  9. Menangis saya baca kisah ni cikgu. Sesungguhnya, Allah maha mengetahui kemampuan hamba2nya menerima dugaan. Allah... :'(

    ReplyDelete
  10. subhanallah.tiada kata yang mampu merungkai perasaan yang dirasai bila membaca cerita ini.

    ReplyDelete
  11. subhanallah .. kita kekadang tak sedar tatkala ALLAH mempermudahkan urusan kita.. wallahualam.

    mekasih atas perkongsian ya =)

    ReplyDelete
  12. pernah baca dan kongsikan kisah ini dulu.. sungguh mnyentuh hati...

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian cerita ini..

    ReplyDelete
  14. 3 kali idah baca nie... :)
    TQ Abe Kie..

    ReplyDelete
  15. Subhanallah... setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. Allah maha Mengetahui yg terbaik utk hamba2Nya.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.