Assalamualaikum,

Setelah menulis blog sejak September 2007 kini tibalah masanya untuk abe kie membeli domain sendiri. Keinginan itu sudah lama cuma kewangan je yang belum mengizinkan. Sebenarnya abe kie sudah menggunakan dua domain sebelum ini iaitu www.jukdin.com dan www.juk.my namun setelah menggunakan domain2 itu selama setahun abe kie enggan meneruskan penggunaan kerana bebarapa masalah teknikal. Namun lewat April lalu abe kie mula berkira untuk membeli domain baru.

Dalam pencarian syarikat pembekal domain abe kie berkenan dgn www.ecommercemastery.com kerana harga domainnya yg murah iaitu RM30/thn. Terus abe kie beli. Rupa2nya ianya indah khabar dari rupa. Servis sykt ini memang teruk. Bila hantar tiket langsung x dijawab biarpun mrka kata dlm masa 24 jam akan dijawab. Bila call pula tak diangkat langsung. Inilah jenis bumiputera yang x reti meniaga dan suka menindas bangsanya sendiri.

Lepas tu abe kie mencari2 sykt pendaftar domain yg baharu dan akhirnya memilih netkl.com. Harga domain RM35 dan kalau nak suruh mereka set up penukaran dari blogspot ke domain kena tambah RM3 je. Kira OKlah tu sebab x sampai 30 minit abe kie bank in duit di Maybank, domain www.zukidin.com telah berjaya didaftarkan. Pada mulanya abe kie bercadang nak setup sendiri setting blogspot ke domain tu. Tapi setelah mencuba selama 1 jam masih x dpt2 maka abe kie mengalah n memohon pihak netkl buatkan setelah abe kie bayar RM3. X sampai 5 minit selepas bayaran dibuat domain baharu www.zukidin.com sudah mula aktif dan boleh diakses! Cepatkan?

Ada beberapa kesan sesudah kita menukar domain. Pertama, ranking alexa dan google pagerank akan turun. Contohnya pada hari pertama penukaran domain, ranking alexa domain ialah 18 juta tapi 5 hari kemudian ia telah mengecil kepada 2 juta! Google pagerank memang x de dalam senarai lagi. Selain daripada itu, blog2 yg tersenarai dlm blog list abe kie juga telah hilang semuanya. Terpaksalah abe kie masukkan kembali satu demi satu. Masalah ketiga ialah dengan RSS feed yang hilang dan mengalami konflik dgn RSS blogspot yg lama. Abe kie jd bimbang gak bila entri terbaharu tidak tersenarai di reading list pengikut2 abe kie. Patutlah entri pertama dgn domain baharu tu kurang komen. Tapi syukurlah, sesudah 32 jam, RSS feed kembali normal.

Akhir kata penukaran kepada domain dotcom ini terus membakar semangat kpd abe kie untuk terus menulis entri2 yg bermanfaat kpd rakan2 blogger yg ada. Terima kasih kerana anda kerap berkunjung dan menulis komen di entri2 yg abe kie siarkan. Sokongan kalian amatlah abe hargai.

21 Comments

  1. Satu penambahbaikan! tanhniah... pasti setia dengan abe kie kita.. :D

    ReplyDelete
  2. Patutlah entri xupdate dlm bloglist. Saya tau entri ni pun melalui bloglist orang lain. AK kena inform pada semua followerlah nampaknya.
    Tahniah! Satu paningkatan...semoga terus semangat berblogging!

    ReplyDelete
  3. tahniah..:)

    ReplyDelete
  4. tahniah..:)

    ReplyDelete
  5. Tahniah Abe Kie...saya tgh fikir2 nak guna domain sendiri.

    ReplyDelete
  6. Entry ini bermanfaat kepada sesiapa yang hendak menggunakan domain sendiri. Tahniah, Abe Kie.

    ReplyDelete
  7. tahniah ... dah dapat domain sendiri .

    ReplyDelete
  8. domain yang awesome..tahniah!

    ReplyDelete
  9. tahniah AK, mama nak ajak AK join games mama..

    mama tag ni tau.. wajib ! haha

    http://www.mamaniza.com/2014/05/the-liebster-award-saling-kenal.html

    ReplyDelete
  10. Terbaik lah abe kie.....
    Nnti nk ikut jejak.......huuuuu

    ReplyDelete
  11. Thanks, we appreciate your articles. Good day! DB Product Review

    ReplyDelete
  12. Tahniah Abe Kie.. semoga ia memberi inspirasi terbaik utk terus berblogging.. semoga terus sukses.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
  13. Tahniah Abe Kie.. semoga ia memberi inspirasi terbaik utk terus berblogging.. semoga terus sukses.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
  14. Tahniah Abe Kie...itulah kebanyakan syarikat bumiputera...dah dapat customer...servis diabaikan..kan dah hilang customer...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.