Sebelum menjamu selera, abe kie memberikan pose yang istimewa dulu!

Assalamualaikum,

Seperti yang kawan2 sedia maklum, pada 19 Mei lalu abe kie menyambut hari lahir ke 41. Syukur kpd Allah yg telah memberikan peluang kepada abe kie menyedut udara di muka bumi ini sehingga saat dan ketika ini.  Pada hari Isnin lepas abe kie menerima sedikit hadiah dari kawan2 dan anak murid sempena hari lahir tersebut. Lebih meriah kerana sambutan hari guru peringkat sekolah juga diadakan pada hari yang sama.

Pada malamnya, abe kie membawa anak2 (Anis, Alis dan Alin) utk menjamu selera di Pizza Hut, Tanah Merah, Kelantan. Sudah lebih setahun abe kie tak ke sana. Jadi apa salahnya sekali-sekala berbelanja lebih sikit sempena hari yang istimewa ini. Kami pergi ke sana selepas solat Isyak. Sebaik sahaja sampai, abe kie memesan 2 keping pizza regular, roti bawang putih, sup cendawan dan air revive. Hampir 10 minit juga kami menanti pesanan tersebut.

Antara hadiah teristimewa yang abe kie terima pada hari lahir lalu. Jauh dari Melaka tau!

Kami makan dengan berselera sekali. Anak2 x dapat menghabiskan pizza tersebut jadi terpaksalah abe kie bungkus untuk dibawa pulang. Setelah membayar bil sebanyak RM66 kami pun pulang untuk beradu. Mujurlah rumah kami x jauh. Cuma 1.5km dari pekan. Mungkin untuk sambutan hari lahir Anis yg ke 11 nanti kami akan menjamu selera di Secret Recipe pula. In sha Allah.

17 Comments

  1. Selamat hari lahir Abe Kie :)

    ReplyDelete
  2. happy birthday :)

    syoknya dapat makan dekat Pizza Hut, lagi-lagi makan dengan family. ^^

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday Abe Kie.

    ReplyDelete
  4. Happy belated birthday Abe Kie.

    ReplyDelete
  5. hpy belated day tuk awak :)
    bestnya dpt hadiah kikiki

    ReplyDelete
  6. Cam tu lah Abe Kie... anak kecik2 lagi... birthday kita, kita sendiri belanja. Birthday diaorang pun kita jugak yang belanja... haha...

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday abe kie..
    Muda sangat dari saya...

    ReplyDelete
  8. Happy Belated Birthday, Sir...

    ReplyDelete
  9. selamat ulangtahun kelahiran, semoga bertambah-tambah rezekinya dan dipanjangkan umur ye cikgu.. :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. semoga diberkati Allah Abe Kie :)

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Lahir & all d best.......;-)

    ReplyDelete
  12. Wahh.. kenangan yg menyeronokkan tu.. alhamdulillah. Happy belated birthday abe Kie..
    p/s: saya dah jawab soalan Abe kie tu.. :)

    ReplyDelete
  13. Sanah Helwa ye..semoga Allah sentiasa merahmati

    ReplyDelete
  14. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.