Salam. Kisah di bawah sangat berguna buat bacaan kita semua khususnya blogger wanita. Mohon bagi maklumbalas ye? Terima kasih.

#Syaikh Utsman al-khamis – hafidzahullah- seorang ulama dari Kuwait bercerita:
“Saya pergi ke kampus dengan kereta lama saya, maklumlah kereta sejak mahasiswa lagi. Tapi walaupun model lama, larinya masih lagi kencang. “Biasanya sambil memandu, saya akan mendengar Radio Idza’atul Quran atau ceramah dan pelajaran dari para ulama menggunakan pemain MP3.
Waktu itu di Idza’atul Quran ada Syaikh Said bin Musfir Al-Qahtani –hafidzahullah- seorang da’i terkenal di Saudi Arabia. Syaikh Said bercerita tentang seorang perempuan yang menelefon beliau sambil menangis.
‘Apa gerangan yang terjadi?’ Rupa-rupanya dia telah dimadu. Bukan manisnya madu yang dirasa, tapi pahitnya hempedu, karena pahit tak tertahan lagi, air mata mengalir sendiri.
Syaikh bertanya kepadanya,

‘Apakah kamu lebih suka suamimu berzina dengan perempuan lain atau menikah dengannya?’
‘Menikah,’ jawabnya.
‘Bukankah kamu setiap hari sibuk mencuci, memasak, mengurus anak-anak dan mengatur rumah tangga?”

‘Iya.’

‘Apakah merupakan sebuah kesalahan jika tugasmu itu dibahagi dengan saudari muslimahmu, sehingga engkau pada hari yang suamimu tidak berada bersamamu, kamu dapat berpuasa sunnah yang mungkin sudah lama kamu tinggalkan kerana mengurus suamimu, membaca Al-Quran yang banyak terhalang oleh pekerjaanmu, solat malam yang tak dapat kamu lakukan kerana bersama suamimu?”
Sebulan kemudian, telefon berbunyi. Ternyata wanita itu menelefon lagi.

’Apakah Syaikh masih ingat saya? Saya adalah perempuan yang menelefon Syaikh, yang mengadukan suaminya yang telah menikah lagi…’
‘Apakah yang telah terjadi?’ tanya Syaikh.

Perempuan itu berkata, ‘Saya ada satu permintaan.’

‘Apakah itu?’

‘Engkau nasihati para isteri agar menyuruh suaminya menikah lagi!’.“Saya akhirnya mengetahui bahawa ta’addud (poligami) itu adalah baik untuk isteri pertama, kedua dan masyarakat pada umumnya.”:)


Jom, apa lagi kaum wanita? Izinkan suami anda menikah lagi satu, dua atau tiga!

16 Comments

  1. Berpologamilah kerana Allah menurut tatacara sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah; Rasulullah s.a.w. menunjukkan contoh terbaik (uswatun hasanah) dalam hal ini.

    Al-Quran dalam surah An-Nisa ada menjelaskan perihal poligami iaitu "Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (An-Nisa':3).

    Namun, ayat 3 dalam surah An-Nisa lebih bersifat ancaman berbanding galakan berpoligami. Allahu'alam.

    ReplyDelete
  2. hehehehe...isu panas ni...berasap para isteri yg membacanya..sekarang dah tak perlu minta izin isteri lagi abe kie...nak kahwin lagi..kahwin la...hehehe...tapi mampu ke para suami mengikut syarat2 wajib yang telah ditetapkan??

    ReplyDelete
  3. tepuk dada tanya selera..hee

    ReplyDelete
  4. Saya rasa, kebanyakan wanita bukannya tamak sampai tak sanggup berkongsi kasih. Cuma kebanyakan suami belum memenuhi piawaian menjadi suami sempurna hatta untuk seorang isteri sekali pun. Lalu bagaimanakah terjaminnya si isteri pertama dan anak2 sekirangnya suami berpoligami? Saya setuju dengan pendapat Mistree.

    I rest my case.

    ReplyDelete
  5. tak dapat laa kita nak menyelami kehidupan rumahtangga org yg bermadu ni..berat mata mmndang, berat lg bahu yg memikul, cumanya itu secebis kisah dr banyak2 kisah yg berlaku di sekeliling kita..x der perempuan yg menyokong kot..hehehe

    ReplyDelete
  6. hehe. topik menarik.
    sy tak kisah kalau ada suami diluar sana nak kahwin lain atau amalkan poligami sekiranya si suami menepati piawaian berikut. hehe.

    -betul2 boleh menjalankan tanggungjawab. apabila si suami berkahwin lagi, itu bermaksud tanggungjawab si suami tu semakin bertambah. sila berlaku adil

    -bila dah dapat yang baru, jangan sampai terabai anak isteri lain kat rumah. sila berlaku adil

    -respect each other.

    -paling penting seimbangkan kasih sayang antara isteri2. jangan dibeza2kan. sila berlaku adil

    pucuk pangkalnya, sila berlaku adil & saksama. jangan kahwin lain seandainya keluarga anda yg dah sedia ada belum lagi mengamalkan syariat islam yg sebetulnya. cukupkan solat 5 waktu dulu sblm cuba nak cukupkan kuota poligami.

    hikhik. sory abe kie. terpanjang la pulak



    ReplyDelete
  7. nak berpoligami kena berlaku adil...

    ReplyDelete
  8. Nak berpoligami mmg tak salah.. tetapi kenalah kita sedar yg tanggungjawab sudah bertambah.. tuntutan juga bertambah. Klu mampu utk menjaga kesemuanya agar tidak menjadi satu dosa, apa salahnya..
    Tp klu berpoligami semata2 kerana duniawi, lebih baik dilupakan shj.. dikhuatiri membuatkan jln kita semakin sukar di akhirat nanti... wallahualam... subhanallah...

    ReplyDelete
  9. para suami juga perlu sedar tanggungjawab mereka dan keupayaan merka di tahap mana ... bila anak semakin ramai , bukan mudah nak beri pendidikan serta keperluan yg sempurna . Para suami perlu ingat bhw ,mrk perlu bersoal jwb di akhirat nanti bila nafkah utk anak2 n isteri2 tak smepurna malah blh hlg mrk drp masuk syurga ...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.