Salam kepada semua sahabat blogger. Kawan2 suka makan laksam ke? Laksam ini ialah makanan tradisional Kelantan yang kini sudah boleh didapati di seluruh negara. Masa kanak2 dan remaja dulu Abe Kie selalu membantu ibu mengukus laksam dengan menggunakan tudung periuk. Lepas tu dia suruh abe kie membuang tulang ikan sebelum menumbuk isi ikan itu lalu dicampurkan dengan santan untuk dibuat kuah.

Pada hari ini kita tak perlu lagi menyediakan laksam sendiri kerana ia sudah dijual di pasar seperti mee n kuetiaw. Kdg2 tu kuah laksam pun dijual sama. Cuma beli ulaman dan potong di rumah. Lepas tu boleh terus makan. Baiklah di sini abe kie ingin berkongsi resepi laksam. Sila buat di rumah ye selepas ini? TQ.


Resepi laksam (12 gulung)

3 cawan tepung beras

1/2 cawan tpg gandum

sedikit garam
4 3/4 cawan air suam
3 sudu besar minyak masak

campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar.





* panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang
disapu dengan minyak masak

* masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn
nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..

*angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..

* guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..

*kukus lagi adunan laksam tadi sehingga habis..



kuah laksam 6 orang makan

3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
2 biji bwang sederhana besar
2 ulas bawang putih..
sedikit je halia
1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
sedikit belacan
1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
garam , gula
2 keping asam gelugur
* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan

* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar
bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya
senang kisaran..

* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan
ikan

* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula

* masak hingga mendidih..dgn api sederhana


ulaman

kacang panjang
timun
tauge
kobis - semuanya dihiris halus..
belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam
sambal lada
sedikit belacan
lada merah
cili api merah
garam sikit _semuanya kisar/tumbuk halus



22 Comments

  1. sedapnya laksam.. lama saya tak buat

    ReplyDelete
  2. ok ngidam tiba2 dari minggu lepas cari laksam tak jumpa2 thanks bagi resipi,, boleh buat ni balik ni hehehe TQ Abe

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar... tak lah susah mana nak buat laksam ni ya... terima kasih bagi resepi ni... laksam kelantan adalah feveret no.1 saya... cuma sebab dok belah kedah ni jer yg dah tak jumpa lalaksam lama dah huhuhu... :D

    Syukran

    ReplyDelete
  4. Walaupun laksam ni populer tapi saya belum pernah makan. Mungkin kurang dgn selera saya apabila melihat kuahnya yg putih (tak macam kuah laksa biasa) Tapi teringin juga nak cuba...rupa tidak menunjukkan rasa, betul tak!

    ReplyDelete
  5. uihh sedap. faveret mak saya juga ni =) boleh try

    ReplyDelete
  6. Laksam mmg sedap... teringin pulak nk makan laksam ari ni.. :) :)

    ReplyDelete
  7. Sungguh menyelerakan...pernah makan sebelum ni..kita suka kuah dia..

    ReplyDelete
  8. rumah saya dekat ngm kilang laksam .. sedap... bila2 pun boley beli .. hehe .. saya dtg sini sambil klik2 itu nuffnang :)

    ReplyDelete
  9. susah nak jumpa laksam yg umphh kat SP ni..
    nak buat sendiri, takde tudung periuk. (alasan..hee)

    ReplyDelete
  10. Saya dan anak memang suka sangat2 dengan laksam ni. Nak cari yang sedap pun bukannya mudah. Terima kasih beri resepi yang mudah. Kalau ada peluang untuk saya masak, Insya Allah saya akan guna resipi ini.

    Psst : Masa lalukan air bawah loyang tu, laksam yang dah dikukus dalam tu tak terkeluar ke?

    ReplyDelete
  11. Lama dah tak makan laksam...

    ReplyDelete
  12. Cik akak tak pernah makan lagi menu femes orang kelantan nie.
    Nampak menarik je nie ayah kie

    Gelung2 tepung tu rupanya buat sendiri gak.
    Dah cam kuih ketayap je nie ayah kie

    ReplyDelete
  13. Abe..sedap tu..nanti saya gi sana abe buat ye..

    ReplyDelete
  14. tak pernah makan laksam. nampak sedap je. ehehe

    ReplyDelete
  15. suami Fiza mmg suka sangat laksam sbb dia pun org kelantan.. Fiza nak buat je tak pandai.. ada ada resipi nie boleh la cuba..

    ReplyDelete
  16. saya kalau laksa, saya layan la.. laksam kurang sikit.. heheh
    menabung sini.. :)

    ReplyDelete
  17. wah...sedaplah...terliur pulak...

    ReplyDelete
  18. selalunya saya buat sendiri sbb yg dibeli kelaut rasanya...bab nak mengukus tu yg seksanya...kalau sekampit tepung,amik masa berjam2...

    ReplyDelete
  19. Saya suka makan laksa khusus Laksa Kedah, laksam ni tak berapa sangat :)

    ReplyDelete
  20. Cikna suka mkn laksa&laksam, nak2 ade yg jual 1bungkus RM1.50je... Klik whisper sikit...;-)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.