Pada satu hari kawanku di sekolah ada forward sajak di atas ke group Whatsapp kami. Bila ku hayati baris-baris sajak berkenaan hatiku menjadi sayu memikirkan ada ketikanya aku sedikit lalai dalam melaksanakan tanggungjawabku sebagai guru. Nobody is perfect, right? Kadang2 tu terlewat masuk ke kelas sebab asyik memeriksa buku latihan atau menulis buku rancangan mengajar. Mulai hari ini aku berazam untuk menjadi guru yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang!In Sha Allah.....

Baiklah, sama2lah kita hayati sajak ini. 

Bila kita seorang guru,

Pastikan kita berjiwa guru,
Berhati bersih dan suci,
Tidak ada benci membenci,
Hati dan minda sentiasa terbuka,
Tiada dendam dan prasangka.

Bila kita berjiwa guru,
Pastikan perkataan ini tidak diguna:
* 'Masa kerja telah habis'.
* 'Itu bukan kerja saya'.
* 'Ini bukan kerja murid'.
* 'Saya tidak dapat apa-apa'.
* 'Buat apa susah-susah'.
* 'Cukuplah apa yang kita sudah buat'.
* 'Buat apa kerja rajin-rajin'.

Ingatlah!
Sekali kita bergelar cikgu,
Perkataan kita jadi ingatan,
Kelakuan kita jadi ikutan,
Amalan kita jadi panduan.

Oleh itu....
jadilah cikgu berjiwa guru,
* Hati bersih sentiasa pemaaf.
* Rela bekerja bila-bila masa kerana sedar kerja itu ibadah kita.
* Guru yang mulia mesti berhati mulia. Semoga Allah memberkati semua cikgu yang berjiwa guru.
* Semoga semua cikgu berjiwa guru.

Aku yang tak punya apa-apa. Sekian, terima kasih.

15 Comments

  1. KN harap yang guru anak2 KN pun berjiwa guru... dan niat baik Abe Kie hanya Allah yang mampu balas... amin.

    ReplyDelete
  2. bersemangat keje pg ni baca sajak abe kie ! betul tu, kalau bukan jiwa seorang cikgu, lebih baik tukar jela keje tu..bagilah peluang dekat orang yang betul2 berjiwa cikgu ;)

    ReplyDelete
  3. Menjadi seorang guru punya tanggungjawab dan amanah yg besar. Perlu ikhlas dan sabar. Semoga kerjaya yang mulia ini terus disanjung tinggi dan dihormati...:)

    ReplyDelete
  4. Semoga mendapat ganjaran di hari akhirat...guru-guru sekalian..

    ReplyDelete
  5. insyaAllah kita akan menjalankan tugas dgn ikhlas


    salam perkenalan abe kie

    ReplyDelete
  6. Tanggungjawab seorang guru amatlah besar... tanpa guru siapalah saya.. siapalah kita.. Semoga segala usaha guru termasuk Abe Kie dipermudahkan & beroleh keberkatan Allah swt... aamiin..

    ReplyDelete
  7. sebab tu la saya tak boleh jadik cikgu.aii paneh je ati kalau bebudak buat perangai uhuk2

    ReplyDelete
  8. Sajak yg puitis dan penuh bermakna....

    ReplyDelete
  9. banyaknya cabaran menjadi guru dialaf ini

    ReplyDelete
  10. Bukan mudah jadi guru pada zaman sekarang

    ReplyDelete
  11. salam, First time visit blog abe kie, first and foremost nok comment, come la gambar besar hok atah sekali tu... ambo suko bena, cikgu bekeng ko abe kie... :)

    ReplyDelete
  12. guru besar jasanya kepada negara..

    ReplyDelete
  13. sajak tu bukan sahaja sesuai untuk cikgu...tapi utk semua yg bekerja...kerja yg kita lakukan adalah satu ibadah...dan lakukan lah dengan terbaik...apa2 selamat berjaya Abe...semangat yg mcm ni kita nak dari pendidik utk mendidik anak bangsa kita...tahniah...

    ReplyDelete
  14. salam..sngat mendalam maksudnya..
    smoga guru2 terus tabah mendidik ank bangsa.. amin :P

    ReplyDelete
  15. semoga abe kie dan semua guru di malaysia terus bersemangat untuk mendidik anak bangsa..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.