Assalamualaikum kepada kawan-kawan Abe Kie. Mohon Abe Kie berkongsi tazkirah pada hari ini.          

5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:          

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.          

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dicampur ais) setiap pagi. Mujarabnya. In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).          

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.          

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang Yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.          

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat pencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.          

P.S. 

Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayatku ;)

1. Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."
2. Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut syahadah ketika sakaratul maut..          

13 Comments

  1. As salam. Lamanya tak menyinggah blog AK ni... semakin kemas blog nih... berblogspot kita balik kan? Agak2 bila nak beli domain sendiri ya? Terima kasih info ini

    ReplyDelete
  2. Bersama kita amalkan cara yg begitu mudah ini. Kebaikan dah pasti dapat. Rugi tak buat sebab bukan susah pun kan..

    ReplyDelete
  3. terima kasih peringatannya.. mari kita ikut cara rasullulah

    ReplyDelete
  4. bgus abe kie share..nk bt tu masalah..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum.. terima kasih abg kie atas perkongsian ni.. :)

    ReplyDelete
  6. sama-sama ingat-mengingatikan AK..thanks ya!!!

    ReplyDelete
  7. Memamg banyak kebaikannya yang kita perlu kita amalkan mengikut sunnah Nabi ni...
    Kadang kala kita terlepas pandang...

    ReplyDelete
  8. Subhanallah.. t kasih diatas perkongsian Abe Kie.. :)

    ReplyDelete
  9. satu perkongsian yang menarik..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.