Setelah 4 hari berada di rumah kakak, tibalah masa untuk aku dan anak-anak kembali ke kampung. Pada hari Isnin itu kami bangkit awal kerana penerbangan kami akan berlepas pada jam 11.20am. Kakakku menghantar kami ke Putrajaya Sentral pada jam 8.30am. Kebetulan anak saudaraku, Syahida ada temujanji di HKL maka kakakku menemani anaknya itu ke sana. Mereka pun menaiki KLIA Transit cuma destinasi kami berlainan.


Kami menaiki ERL ke Stesen Salak Tinggi dan seterusnya 'shuttle bus' ke LCCT. Ada 1.5jam lagi sebelum kami menaiki pesawat jadi kami berjalan-jalan di dalam LCCT. Pesawat kami berlepas lewat sedikit dan kami mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 12.30pm. Kakakku dan anaknya belum sampai di airport jadi kami terpaksa menunggu mereka hampir 10 minit.


Setibanya mereka di airport, kami terus bergerak balik ke Machang dengan kereta Preve hitamku. Kami berhenti makan di Bukit China, Kota Bharu. Untuk 6 orang cuma RM29.50. Selepas itu aku terus memandu ke rumah kakakku di kampung dan kami tiba pada jam 3pm. Selepas solat dan mandi aku tidur sekejap. Sementara itu hujan turun dengan lebatnya. Nyaman sekali ku tidur petang itu.


Percutian aku dan anak-anak ke Putrajaya amat menyeronokkan kerana kami dapat melawat tempat-tempat yang menarik di Putrajaya dan Banting. InsyaAllah, pada tahun depan aku bercadang untuk melancong ke Pulau Langkawi pula. 

4 Comments

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.