Air banjir dari Sungai Hilir Sat yang melintasi jalan keluar kampungku.

Telah 3 tahun aku tidak berkunjung ke Lembah Kelang. Kebetulan anak-anakku sudah besar jadi aku sudah boleh membawa mereka melancong dalam negeri. Jadi pada Ogos lepas aku menempah empat tiket Air Asia dari Kota Bharu ke LCCT. Kos tiket cuma RM409 pergi balik. Murah kan? Kalau naik MAS pasti tak mampu...

Sehari sebelum berangkat iaitu pada pagi Rabu, 4 Dis 2013 aku dan anak-anak balik ke rumah kakak di kampung sebab nak minta tolong abang ipar hantar kami ke airport. Malangnya pada hari berkenaan, hujan turun mencurah-curah menyebabkan banjir pada lewat petang itu. Air sungai telah melintasi jalan menyebabkan jalan keluar dari kampung terputus. Hatiku sudah bimbang takut tak dapat keluar ke airport esoknya. Malam itu hujan masih turun dengan lebatnya. Namun bila aku terjaga pada jam 4.15am hujan telah reda tapi bunyi derusan air masih kuat. Aku terus tak tidur hingga ke pagi. 

Mata kuyu sebab tak cukup tidur memikirkan tentang banjir

Esoknya, abang ipar meninjau jalan di kampung kami dan dia mendapati kedalaman air tak la berapa dalam. Jadi rasanya kereta Preve aku masih mampu mengharungnya. Maka pada jam 9.15am aku, anak-anak, kakak dan abang ipar berangkat ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Sementara menunggu pesawat berlepas, kami makan di KFC. 

Akhirnya kami menaiki pesawat Air Asia pada jam 1 tengahari dan anak-anakku betul-betul teruja menaiki kapal terbang buat kali pertama. Kami selamat mendarat di LCCT Sepang pada jam 1.50pm. Selepas itu aku membeli tiket bas perantara dan ERL Transit untuk ke Stesen Putrajaya. Setibanya di sana, kami menunggu kakakku datang mengambil kami. Tidak lama kemudian kakak pun sampai dan dia terus membawa kami ke rumahnya di Sungai Merab Hulu. Pada petang itu kami disajikan mi kari yang lazat. Oleh kerana terlalu mengantuk dan penat aku terlelap sekejap selepas solat Asar. 

Anak-anakku gembira sebab boleh naik ERL Transit dari Salak Tinggi ke Putrajaya

Pada malam itu kami cuma berehat di rumah kerana masih lagi kepenatan dan mengantuk. Mujurlah di rumah kakak ada Streamyx. Dapatlah juga kami melayari Internet bila bosan. Syukurlah pada malam pertama di rumah kakak aku dapat tidur dengan lena. Tambahan pula hujan turun dengan lebatnya. Syukur kepada Allah. 

2 Comments

  1. alhamdulillah abg kie dan sekeluarga selamat tiba..enjoy the weekend abg..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. akhirnya tiba jua di KL....happy holiday.....

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.