Kita sedekah rm1, bila balik rumah, jiran hantar makanan utk makan malam kita dan anak2 pada hari itu. Satu keluarga happy, jiran tu mmg pandai masak.

Kita sedekah rm1, tet tet tet tet whatsapp bunyi, ada orang order barang, untung RM10. Kita senyum.

Kita sedekah RM1, anak2 balik rumah bgtau tadi cikgu belanja makan masa rehat kat sekolah. Anak teruja.

Kita sedekah RM1, ada kawan lama mak datang rumah mak dan hadiahkan mak sepasang baju. Mak happy.

Nikmatnya -- makan malam free, untung rm10/barang, anak2 dpt makan free cikgu belanja, duit poket boleh masuk tabung dan mak dapat baju baru, kita tak perlu beli lagi untuk mak. Dan kita, anak kita, mak kita semua happy.

Tapi kita tak nampak.
Sebab kita semua nampak yang besar2 saja.

Duit duit duit yang melimpah ruah, rumah besar, kereta besar. Itu saja ukuran rezeki bagi kita. Yang nikmat makanan sedap yang free tadi, nikmat senyum, nikmat gembira dan teruja tu kita tak pandang. Disebabkan ukuran yang dangkal tu lah, kita kurang bersyukur dengan hidup kita.

Renung-renungkanlah....

1 Comments

  1. Memang macam tulah manusia, kita selalu tak nampak apa yang kira dapat, kita tak bersyukur dengan apa yang kita perolehi tapi kita selalu mengeluh dengan apa yg kita keluarkan. Apa yg kita x dapat,

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.