Sedar tak sedar usia Daddy hamper mencecah angka 40 pada 19 Mei nanti. Memang sudah dewasa pun sebab sudah kelihatan uban di atas kepala. Betul juga kata pepatah Mat Salleh iaitu ‘Life begins at 40’. Maksudnya kalau dah masuk 40 tahun tak reti-reti nak berubah maka susah la nak insaf atas dosa-dosa yang telah dihimpunkan selama ini. Setuju tak dengan kenyataan Daddy itu?

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri kali ini. Sebenarnya ada beberapa item yang Daddy impikan sempena memasuki 4 series nanti. Hadiah-hadiah tersebut ialah:

1. Sebuah tafsir Al-Quran. Tafsir yang dulu telah musnah dimakan anai-anai semasa disimpan di dalam almari di rumah ayah kat kampung. Daddy perlukan sebuah tafsir kerana ingin memahami kandungan Al-Quran itu, bukan sekadar baca aje.

2. Sebuah cabinet atas di dapur. Sejak menduduki rumah baru ini pada 2007 Daddy Cuma ada cabinet dapur bahagian bawah. Ada baiknya cabinet atas dipasang bagi menyimpan barang-barang yang semakin bertambah itu.

3. Sebuah basikal bukit untuk melakukan aktiviti senaman pada hujung minggu. Maklumlahkan usia semakin meningkat jadi kenalah jaga kesihatan. Sekarang ni pun bila panjat tangga ke kelas di tingkat empat pasti Daddy termengah-mengah. Ni tandanya jantung tak kuat la tu. Huhuhuhu.

4. Sistem paip air yang baru di rumah. Masalah air sudah berlanjutan selama 2 tahun. Dulu Daddy guna air paip kerajaan tapi masalahnya air slow sebab tekanan rendah. Bila guna telaga tiub pula air tak bersih biarpun guna penapis luar. Kadang-kadang bila musim kemarau air telaga tiub pula kering. Biarpun guna telaga tiub atau boring, masalah air tak pernah selesai.

5. Cat baru pada dinding kereta yang calar. Kereta Daddy ini masih baru tapi sudah ada kesan-kesan calar. Entah siapa yang mendajalkan kereta Preve ku ini. Kalau Daddy sumpah kan naya? Rasanya Daddy dah jaga sebaik mungkin. Namun dalam berjaga-jaga tu ada jugak yang kena. Aduhai nasib!

Semoga impian Daddy itu menjadi kenyataan apabila tiba hari lahir Daddy ke 40 nanti. InsyaAllah…  

6 Comments

  1. Ingat nak hadiah berupa iphone... Hehehe....

    ReplyDelete
  2. @Amin: nak gak tp malu nak senaraikan di sini..heheheheh

    ReplyDelete
  3. semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan.. :D

    ReplyDelete
  4. bunda pun ingatkan iphone salah satu impian yg tersenarai..apa pun semoga tercapai impian , In sha Allah..

    ReplyDelete
  5. Semoga apa yang diimpikan tercapai hendaknya.. Insha Allah.. =)

    ReplyDelete
  6. moga apa yang diimpikan akan terlaksana jua nanti.. insyaAllah...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.