Negeri Kelantan memang terkenal dengan juadah sarapan pagi yang menyelerakan lagi dapat memastikan anda kenyang sampai ke tengahari. Antara menu sarapan pagi yang terkenal ialah nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang dan nasi tumpang. Nasi lemak juga ada dijual tapi tidak sepopular nasi-nasi yang di atas. Gerai dan restoran dibuka seawal 6.30 pagi dan pelanggan setia ialah jemaah yang baru pulang dari masjid, pekerja-pekerja yang bergegas ke pejabat, guru-guru dan murid-murid yang berkejaran di atas jalanraya untuk ke sekolah dan tidak ketinggalan ibu-ibu yang tidak sempat memasak untuk keluarga mereka.

Harga nasi berlauk serendah RM2 dan mampu beli oleh semua. Kalau nak sedap lagi dan dalam kuantiti banyak mungkin harganya mencecah RM4. Antara menu yang digemari ialah nasi kerabu berlaukkan daging bakar. Fuuhhh! Pasti menyelerakan. Deretan gerai dan kedai kopi di sepanjang jalan pasti menggamit pelancong tempatan untuk singgah dan memakan apa jua juadah yang ada sebelum balik ke negeri masing2. Kalau di KL mereka makan nasi lemak dan roti canai untuk sarapan tapi di Kelantan ini macam2 ada.

Sememangnya org2 Kelate amat mementingkan kualiti makanan yg dimakan. Biarlah sesimple mana masakan itu tapi kesedapan itu harus dijaga. Masaklah makanan itu dari hati agar terbuka naluri org yg memakannya. Dok gitu kawan2?