Negeri Kelantan memang terkenal dengan masakannya yang lazat yang boleh menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negeri bertamu ke sini. Rata-rata yang datang ke sini dengan tiga tujuan utama iaitu:

1. Membeli barangan murah keluaran Siam yang boleh didapati di Rantau Panjang, Pengkalan Kubur dan Bukit Bunga.
2. Merasai kelazatan makanan tradisional Kelantan seperti nasi kerabu, ayam percik, nasi dagang, kuih akok, kuih lompat tikam dan sebagainya.
3. Melihat suasana dan cara hidup masyarakat Melayu dan Cina kampung di Kelantan.

Tetapi apa yang paling best ialah kelazatan makanan di sini yang menggamit pengunjung2 terus datang. Daripada resepi yang bertaraf tinggi seperti daging kerutuk dan ayam percik hinggalah kepada selera kampung seperti ikan singgang dan ikan bakar tawar cicah budu dan tempoyak semuanya lazat untuk dimakan.  Saya sendiri yang diberi makan lauk-lauk kampung seperti di atas terus kekal membesar dengan sihat sebagai johan. Makanan kampung seperti diatas pasti dapat menambah selera makan kita dan tidak mustahil kita akan meminta nasi tambah.

Kini masakan kampung Kelantan tidak lagi terhad di negeri ini sendiri kerana di luar Kelantan juga ramai anak Kelantan yang menawarkan resepi berkenaan pada kadar yang berpatutan. Baru-baru ini saya menonton Malaysia Hari Ini di TV3 dan keluar cerita tentang Restoran Sri Ayu di Taman Sri Gombak yang menawarkan 100 jenis masakan Kelantan pada satu2 masa! Jadi sesiapa yang tinggal berdekatan bolehlah mencubanya bagi mengubati kerinduan kepada masakan asli Kelantan.