Sudah menjadi lumrah, kebanyakan kita, kaum lelaki akan mendapati perut kita bertambah buncit selepas mendirikan rumah tangga. Antara faktor fenomena ini ialah isteri-isteri kita pandai memasak makanan yang lazat. Kesannya, perut kita semakin maju ke depan seiring dengan pertambahan usia. Pertanyaan daddy sekarang, adakah perut anda mirip salah satu bentuk yang dimiliki oleh model-model di bawah ini? Daddy harus mengakui yang perut Daddy pun memboroi seperti bentuk 'buncit'. Bukannya daddy tak nak meratakan perut tapi belum ada kesempatan kerana kesibukan dengan tugas dan tuntutan kerja. 

Tetapi Daddy mengidam benar untuk mendapatkan bentuk perut seperti model di bawah ini. Rasanya semasa belajar di UM sekitar awal ke pertengahan 90an dulu, perut daddy sebijik macam dia. Ini hasilnya kerana Daddy mengamalkan triathlon pada waktu petang. Dari kolej kediaman 7 daddy akan berbasikal ke padang bola. Lepas tu daddy akan jogging 3 pusingan padang sebelum menghabiskan sesi pada petang itu di kolam renang UM dengan membuat beberapa 'laps'. Tapi itu sudah menjadi sejarah kerana di Kelantan ni tak ada kolam renang. Tapi sebenarnya ini tidak sepatutnya dijadikan alasan. 


Baiklah, untuk kawan-kawan di luar sana, teruskan usaha gigih kalian untuk mengempiskan perut itu. Yakin Boleh! Rakan Muda. 

P.S. Maklumat lanjut sesi pengempisan perut boleh dilayari di www.menskincentre.com.my.

18 Comments

  1. ermm saya xminat perut2 slim ni. suka perut buncit. :p

    ReplyDelete
  2. pertama nak kata " aik tiba2 ja muncul pengomen terbanyak tu nama etuza ke 2 " alamak..malulah banyak pot pit saya kan. tapi saya tak mengata orang dah lah.

    kedua : Perut..alamak sama juga cuma tak membuncit lah..masih normal..kalau nak pakai tShirt baju masuk dalam seluar tak ketara boroi tapi kena jaga2 juga ni...

    ReplyDelete
  3. @Anonymous: x apa..masing2 ada keinginan sendiri...

    ReplyDelete
  4. @Etuza: bukan byk pot pet la abe etuza..tp tu tandanya kwn yg mesra sbb suka beri pendapat n kongsi idea..BTW, 3 pengomen tegar thn 2013 akan diberikan hadiah istimewa pd awal thn dpn. tunggu...!!!
    Alah, abe etuza pandai jaga body..sy ni je yg terus maju ke dpn. hehehehe

    ReplyDelete
  5. Perut maju ke depan la baru best abe. haha. Ermm anonymous leh ke dapat hadiah pengomen terbanyak tu abe? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gitu u kenalah jd couch potato! anonymous x dpt hadiah sbb dia jenis org yg baling batu sembunyi tangan...hahahahahah

      Delete
  6. Zam tengah berusaha untuk dptkan bentuk bdn yg best gak ni.. hehe

    ReplyDelete
  7. rajin2 workout bey, gerenti dapat.....

    ReplyDelete
  8. @Zamani Abe: selamat berjaya...jgn jadi boroi mcm abe ki..huhuhuhu..

    ReplyDelete
  9. @Eedi Aziz: nak gak workout tp x sempat..bz dgn anak2 n kerja di sek..jd supir kpd mrka..heheheh

    ReplyDelete
  10. salam
    suami saya mula mengambil langkah berpuasa setiap isnin dan khamis,selain tak mengambil nasi/karbohidrat utk mengurangkan ukurlilit perutnya hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.....bagus tu kak kam...nanti dia semakin sihat n bertenaga..akak kam jugak yg happy kan? yg penting akak kena jadi pendorong kpdnya utk terus terus stay slim..

      Delete
  11. he he he mmg terbaik ni DZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks akak Kesuma...sy berkongsi pengalaman sendiri agar menjadi pengajaran kpd kwn2 yg lain...buat sbg pengajaran...

      Delete
  12. hihi..malu eih tengok perut tuh....tutup sket..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh..x apa kak yat..sbb tu bkn perut sy..tu perut model aje..mrka x kisah sbb muka mrka x nampak! oppss!

      Delete
  13. Perut buncit memang masalah mejoriti lelaki kt M'sia

    My recent post : Jom Sertai : Projek Bloglist 2013 MQ-Network

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb x jaga diet n malas bersenam maka perut jd boroi..sy pun sorang drpnya. heheheheheh

      Delete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.