Sudah lama aku tidak keluar membeli-belah. Bukannya kerana saya tiada duit tetapi kerana faktor kekangan masa dan cuaca menyebabkan aktiviti membeli-belah terpaksa ditunda selepas cuti persekolahan. Namun begitu saya telah memastikan segala peralatan persekolahan anak-anak mencukupi menjelang sesi persekolahan 2013 ini. Begitulah murninya hati seorang bapa yang mendahulukan keperluan anak-anaknya melebihi keperluan dirinya. Oppss! Terpuji diri sendiri pulak.

Memandangkan duit bonus masih berbaki maka pada hujung minggu lalu saya berkunjung ke Pasaraya Econjaya, Machang untuk membeli empat pasang seluar panjang untuk dipakai ke sekolah. Mengapa sampai 4 pasang sekaligus? Sebabnya saya suka membeli-belah secara pukal kerana ini lebih menjimatkan masa dan duit. Tambahan pula seluar-seluar yang dahulu sudah ketat kerana perut sudah membesar ke saiz 37! Bila ke sana saya cuba cari saiz 37 tetapi rupa-rupanya semua jenama tidak membuat saiz 37 jadi saya membeli saiz 38. Biarlah longgar sikit kerana saya boleh mengenakan tali pinggang dan ini juga sebagai persediaan jika perut saya semakin boroi kelak. Hehehehehe....


Selain dari itu saya mengambil kesempatan untuk membeli dua pasang kasut, satu untuk ke sekolah dan satu lagi untuk tujuan kasual atau santai. Saya ni susah sikit nak pilih kasut kerana kaki saya ni lebar sikit dan saiz yang biasa dipakai ialah 8. Tapi saiz ini sebenarnya berbeza mengikut jenama. Saiz 8 jenama Lois mungkin muat tapi saiz 8 jenama Lee mungkin ketat sikit. 'One size does not fit all!'. Barangkali saiz 8.5 sesuai tapi tiada nilai setengah di pasaran.

Kesimpulannya lelaki jarang membeli-belah tetapi bila mereka berbuat demikian mereka akan memastikan barangan yang dibeli berbaloi dengan duit yang dibelanjakan. Bak kata orang tua, 'alah membeli menang memakai'. Kami juga lebih suka keluar berseorangan untuk membeli-belah kerana tidak mahu orang bosan menunggu kami. Akhir kata, jadilah pengguna yang bijak dan belilah barangan buatan Malaysia!

28 Comments

  1. hehe selamat membeli belah,
    kita belum ada wang yang cukup untuk itu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Ryu. When you start working then you can go shopping till you drop! Never mind, start saving your money from now..

      Delete
  2. Kakak lama dah tahu sz 37 tak ada lagi dah. Dulu John Master, atau Alein Delon ada tapi sekarang dah tak ada sz tu. Camel pun dah sama tahun ini dah taka ada sz 37 juga. Tengok gaya sama sz dgn hubby kakak (muncit peyot hihi...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pekanya akak ttg saiz seluar lelaki! Ni mesti pandai jaga suami. Syukurlah abg dpt isteri yg prihatin mcm akak ni.. tu la..blom cecah 40 saiz seluar dah sama dgn abg2 n pakcik2...malu la..tp itu kenyataannya..saiz 37!

      Delete
  3. Salam pagi jumaat dad...betul tu dad...segalanya lbihkan anak...Insya Allah berkat kasih sayang...anak pasti sentiasa mengingati kita.....selamat berbelanja...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Mei...bila ada tanggungan ni begitulah jadinya..kepentingan anak2 didahulukan,. Begitulah naluri bapa...

      Delete
  4. selamat pagi jumaat dad...selamat berbelanja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. same to you..selamat mengumpul wang!

      Delete
  5. biasa beli jika perlu jer.. heheh
    kadang bertahun x berbeli.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita..dah dkt 2 thn sy x shopping mcm ni...sekali shopping sy borong abis...!!!

      Delete
  6. tk selalu shoping tp bila shoping banyak juga hasilnya hehehe

    salam kenal ye follower ke 84.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali-sekala shopping utk lepaskan geram..thanks for following my blog. I follow u too..

      Delete
  7. Wah abe, mantap, saiz 37.. saya baru saiz 34-36 ( bergantung pada brand seluar).. Saya selalu beli seluar JEEP je sebab banyak poket. jeans plak xpakai sbb kalau salah parking, sakit dan senak. haha.

    mai la johor sini abe. barang2 kat JPO murah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. kalau boroi sgt susah nak beli seluar yg dah siap..kena tempah dgn tailor..abe x tahu seluar JEEP ni..kalau seluar docker tu tahulah...pandai2 lah parking dgn elok n selamat, ok? nanti la cuti sek abe gi JB.

      Delete
  8. eh tadi dah komen.. then bila klik Publish, hilang dah? adeh nak taip baru malas.. huhu.. beli je seluar JEEP abe. best pakai, selesa n paling penting poket banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok dik..nanti abe gi cari seluar JEEP ni..thanks for your comments!

      Delete
  9. itu lelaki yg mcm DZ..ok lah tu..tetapi tak dinafikan ada juga segelintir lelaki yg lebih teruk dari pompan kalu bershoping, lbh cerewet dan lbh membazir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak nora..sy membeli apa yg patut aje..ingat duit perlu guna masa2 kecemasan gak.

      Delete
  10. salam bang..
    suami sy pun jarang shopping, tapi sekali dia shopping mmg banyak lah yg dibeli..dan dia pasti akan beli baju/seluar yg rasanya akan tahan lama..kdg2 memilih juga..hehe:)
    follow sini #87

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah kami org lelaki...kalau nak membeli tu biarlah byk2 terus sbb malas nak berulang-alik ke mall. tak salah memilih asalkan dpt yg terbaik kan?

      Delete
  11. Saiz kasut sama saiz dengan husband saya. Terima kasih singgah blog Yati hari tu. Salam kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM. Aik? sama lah plak...kebetulan tu..sama2lah kita melawati blog sesama blogger utk kasi up traffik...

      Delete
  12. ewah ! sakan nye shopping . hehe . mun memang susah nak cari kasut sarung jugak . kat kedai biasa tak de size mun .

    ReplyDelete
    Replies
    1. nape susah nak cari saiz cik mun? kaki kecik sgt ke? sy jrg2 shoping tp sekali shopping borong sakan..

      Delete
  13. sama macam ayah syaz. sekali dia shopping, memang makan ratus-ratus. hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...sekali-sekala shopping kami borong sakan...kalah membeli menang memakai..

      Delete
  14. wah shopping sakan... tapi biasanya orang lelaki memang jarang sangat nak shopping sakan...sekali sekala jer...x macam perempuan... happy shopping...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sekali-sekala shopping kita borong sakan!

      Delete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.