Kenapa makin ramai murid Melayu belajar di SRJK?
Dulu bersungguh nak mansuh sekolah cina. Sekali, nohh Rokiahhh. Sekali tahun ni, 40,000 budak Melayu masuk SJKC...
Pelik juga kan.
Ramai yang cadang dulu hapuskan sekolah vernakular macam SJKC atau SJKT.
Sebab nak samakan pendidikan, perpaduan dan lain-lain la.
Tapi, orang Melayu juga makin ramai masuk.
Pelik tak?
#Ceritera1
Menurut data rasmi pendedahan Menteri Pendidikan di Parlimen baru-baru ini, jumlah anak Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau SJKC bukan semakin berkurang.
Sebaliknya, dah makin melonjak dengan konsisten setiap tahun.
Pada tahun 2024, seramai 39,373 murid Melayu didaftarkan, mewakili lapan perpuluhan kosong tiga peratus daripada jumlah keseluruhan murid SJKC.
Masuk tahun 2025, angka ini naik kepada 40,035 orang.
Dan yang paling mengejutkan, setakat bulan Mei tahun 2026, jumlahnya terus meroket kepada 41,133 murid.
#Ceritera2
Bayangkan, belum sampai separuh tahun 2026, pendaftaran sudah melonjak naik,
dan kini anak Melayu mewakili sembilan perpuluhan kosong satu peratus populasi pelajar di sekolah vernakular Cina.
Kenapa fenomena ini berlaku?
Adakah ada konspirasi untuk menguasai SJKC?
Cewah... Ok itu gurau.
Cuma adakah ibu bapa yang Melayu tak percaya sekolah kebangsaan?
Tidak.. Tidak..
Bukan soal tidak percaya, tetapi ini soal survival, kelangsungan masa depan dan realiti dunia pekerjaan.
#Ceritera3
Ibu bapa hari ini, kita kata agak pragmatik dan bijak menilai.
✅Pertama, faktor kelebihan ekonomi dan bahasa.
Kita tidak boleh menafikan bahawa penguasaan bahasa Mandarin adalah tiket emas dalam pasaran kerja antarabangsa.
Ia bukan lagi sekadar bahasa komunikasi ibunda satu kaum, tetapi bahasa ekonomi global.
Anak yang fasih berbahasa Mandarin mempunyai kelebihan besar apabila berdepan syarikat multinasional kelak.
✅Kedua, fokus akademik dan disiplin yang tinggi.
Sistem pembelajaran di SJKC terkenal dengan jadual yang padat dan ketegasan.
Guru-guru di sana dilihat sangat fokus kepada tugas hakiki mereka iaitu mengajar dalam kelas, berbanding disibukkan dengan terlalu banyak program sampingan yang kadang-kala meletihkan pendidik dan pelajar.
Kita terpaksa akui, kadang-kala cikgu di sekolah biasa terlalu diberatkan dengan tugas yang bukan mengajar.
✅Ketiga, penguasaan subjek teras.
Pendekatan SJKC dalam mendidik subjek kritikal seperti Sains dan Matematik terbukti sangat berkesan.
Mereka melatih murid untuk membina pemahaman konsep, bukan sekadar menghafal teknik untuk lulus peperiksaan.
Ini melahirkan anak-anak yang mampu berfikir di luar kotak, kritis dan berdikari.
✅Keempat, sokongan fasiliti dan kewangan PIBG yang sangat kukuh.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru di SJKC biasanya mempunyai dana yang sihat hasil sumbangan komuniti yang komited.
Duit yang disumbangkan terus nampak hasilnya pada proses naik taraf kemudahan kelas, pendingin hawa, tandas dan keselesaan optimum untuk pelajar belajar.
#Ceritera4
Dengan peratusan pelajar Melayu yang semakin menghampiri sepuluh peratus, institusi ini tidak lagi menjadi ruang eksklusif untuk satu bangsa.
Ibu bapa Melayu yang berbondong-bondong menghantar anak ke sana kadang bukanlah mereka kurang semangat patriotik.
Mereka cuma bersikap realistik, sebab nak anak belajar dan masa depan lebih cerah dengan tambahan bahasa mandarin.
Ada ke kawan-kawan yang hantar anak mereka ke SJKC?
Ok kah?






10 Comments
Saya salah seorang ibubapa yang hantar anak ke SJKC satu masa dulu. Silapnya saya terlewat hantar anak sulung ke tadika Cina jadi dia tak dapat masuk SJKC dan masuk ke SK. Cuma si adik je layak masuk ke SJKC.
ReplyDeleteSaya dapat tengok perbezaan SK dgn SJKC. Di SJKC memang cikgu2 tegas dan hasilnya murid2 lebih berdisiplin. Waktu PKP dulu, lebih ketara perbezaan SK dgn SJKC sebab SJKC buat kelas online ikut jadual kelas biasa dari pukul 7 pagi sampai 12.30 tghr, manakala sekolah anak sulung pulak selalu je kelas online dibatalkan dan cikgu cuma bagi kerja melalui telegram / whatsapp.
Sebab tu saya faham kenapa ramai orang Melayu pilih sekolah SJKC sekarang, sebab SJKC sangat mementingkan disiplin dalam pelajaran.
Di kampung saya pun ramai hantar anak sekolah kat SJKC ni ..bijak pandai speking Inggeris dah tu anak-anak ..ada kelainan..
ReplyDeleteKelebihan untuk belajar budaya yang mencintai ilmu dan disiplin walaupun realitinya Islam la yang amatmenitik beratkan soal begini.
ReplyDeleteFenomenanya mirip seperti di Indonesia ya Uncle.
ReplyDeletekalau di Indonesia sini, Sekolah Negeri yang semakin sepi peminat. Sementara sekolah swasta yang tergolong lebih mahal, justru penuuuuh.. bahkan sudah antri sejak jauh hari. Sungguh terasa anomali je.
Berhajat juga dulu tapi tak dapat sebab selalu pindah randah. Ada kelebihan tersendiri, tanpa mengabaikan sistem SK dan sekolah ugama.
ReplyDeletedulu rs mcm pelik je kalau tgk org melayu gi sjkc... tp lps saudara sy bersekolah kat situ (sbb rumah dia sblh sjkc) dah tak rasa pelik dah. yg bagusnya pd sy penguasaan mandarin tu... bgs utk masa depan (bidang pekerjaan) selain bahasa inggeris
ReplyDeletedari segi dana pulak ammi pun rasa PIBG mereka bagus. Dewan sekolah ada kipas giant, dan mereka tau macam mana nak generate income untuk sekolah. They build nice hall guna duit PIBG pastu sewakan kepada orang awam.
ReplyDeletedari segi disiplin tu betul...
ReplyDeletependidikan awal penting membina sahsiah diri anak2
ReplyDeleteSaya rasa tiap ibu bapak pasti ingin yang terbaik untuk masa depan anak.
ReplyDeleteSekolah yang fokus mendidik muridnya menjadi orang yang tangguh pasti banyak peminat.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.