Assalamualaikum. Umur Abe Kie bertambah lagi tanggal 19 Mei lepas kepada 53 tahun! Tua sudah diri ini. Terasa baru semalam aku mula melangkah ke alam perkahwinan. Sedar2 sudah ada 5 orang anak perempuan. Yang sulung umurnya 23 manakala yang bongsu baru 11 tahun. Alhamdulillah. Semua anak Abe Kie masih lagi belajar. Tak pasti la bila nak dapat menantu. harap2 dapat menantu yang baik dan soleh serta dapat menjaga anak2 Abe Kie tu seperti mana Abe Kie menjaga mereka sedari kecil. Aamiin. 


 Sambutan hari lahir peringkat sekolah diadakan di Bilik Guru Kanan pada 18 Mei. Pada asalnya cuma Abe Kie yg nak buat sambutan tu. Alih2 Kak Ta, Guru Kanan Sosial ingin membuat sambutan hari lahir mega untuk kami berempat. Maka kami berpakat kumpul duit la sikit sorang untuk membeli sedikit juadah seperti mihun goreng, puding colour blocking (seperti dalam gambar), kuih-muih, buahan dan minuman. Kebetulan hari tu pula minggu exam menengah rendah dan selepas rehat tu pulak ada meeting pentadbir sekolah makan tak dapat la kami nak melayan rakan-rakan guru yang hadir dengan sepenuhnya. Namun begitu makanan pada hari tersebut habis licin! 


Kak Ta juga membelikan hadiah hari lahir untuk kami berempat seperti dalam gambar. Guru Kanan ini ada 4 sahaja iaitu Guru Kanan Bahasa (Abe Kie), Guru Kanan Sains Sosial (Kak Ta), Guru Kanan Sains Matematik (Amy) dan Guru Kanan Teknik dan Vokasional (Musa).  Setakat ni masih dapat elaun pengurusan sekolah sebanyak RM120 tu tapi dengar khabar elaun ini akan ditarik balik sebab sekolah kami telah diturun taraf kepada gred B kerana bilangan murid tak sampai 400 orang. Sedih dan geram tul kalau ditarik-balik. Dah la sekolah kami jauh di dalam ladang. Kalau elaun tu kekal dapatlah juga cover duit beli minyak petrol yang mahal sekarang ni.


Sambuatan hari lahir di rumah pula diadakan pada 23 Mei kerana menunggu semua anak pulang ke rumah dari kampus masing2. Selalunya kami akan makan malam di luar tapi tahun ni Abe Kie cuma order pizza dari Pizza Hut sahaja kerana isteri berpuasa sunat pada awal bulan Zulhijjah. Banyak faktor perlu diambil kira sebelum membuat sesuatu keputusan, kan? Ada 4 pan pizza semuanya termasuk 2 pan pizza tempatan. Jenuh la kami nak perhabiskan pizza malam tu. Abe Kie cuma mampu makan 2 slices manakala 2 lagi disimpan dalam peti sejuk untuk dimakan pada esok hari. 

Jemputlah makan pizza dan hidangan sampingan ni. Pasti kenyang sampai menyandar kat dinding. Doa Abe Kie sempena hari lahir yang ke 53 ini agar dipanjangkan umur untuk beribadah kepada Allah, diberikan kesembuhan dari penyakit yang dihidapi sekarang, dimurahkan rezeki untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan, diberikan ketenangan dalam kehidupan dan dipermudahkan segala urusan yang mendatang. Pendekata Abe Kie ingin memohon doa yang baik2 sahaja dari Allah s.w.t. Aamiin. Semoga diperkenankan oleh Allah Yang Maha Kuasa...