HARI GURU PALING TERUK 2026?

1) Tahun 1 umur 7 tahun dah cukup byk masalah, ramai tak lulus saringan intervensi, ramai tak tahu huruf, suku kata, angka, ramai juga yg ada masalah pembelajaran, speech delay la, mild autism la, ADHD la, siap Guru Besar kena panggil ibubapa minta rujuk anak ke pakar, murid bermasalah ni jumlah tertinggi yea tahun ni tapi KPM pulak seronok nak sumbat budak 6 tahun masuk Tahun 1

2) Guru nak kelas dikurangkan murid, bawah 30 org ke tapi KPM langsung tak nak peduli.

3) Guru nak KPM tambah sekolah atau kelas agar semua boleh jadi 1 sesi, tapi KPM pulak sibuk nak jadikan sekolah yg 1 sesi menjadi 2 sesi, impaknya guru susah mengurus anak/family & urusan2 lain , dulu sesi pagi, tiba2 kena sesi petang, hidup kucar kacir jadinya
💆🏻‍♀️

4) Guru nak UPSR dikembalikan, KPM pulak buat exam Tahun 4, kenapa tak buat saringan intervensi jea mcm Tahun 1 tu utk Tahun 4, exam biarlah tetap di Tahun 6 atau di Tahun 5 pun ok lagi, Tahun 4 ni macam baru nak peralihan, atau buat saringan intervensi siap2 masa Tahun 3, naik Tahun 4 buat kelas pemulihan utk yg tak lepas saringan tu. Buat exam besar utk Tahun 4 buat apa?

5) Yang terbaru TMK murid Tahun 1-6 kena masuk makmal komputer buat assignment utk setiap subjek kecuali Bahasa Arab dan apa ntah 1 lagi RBT kot, org yg buat program ni pernah mengajar Tahun 1 dan 2 tak? Tau tak murid ni huruf pun ramai tak tau lagi besar kecik, kamu nak suruh cikgu bawa dekat 40 org ni masuk makmal komputer log in ID Delima yg panjang berjela tu dan buat ‘assignment’ kamu tu dan upload? Kamu hidup di dunia khayalan ke? Kamu pernah tengok ke murid Tahun 1 masuk makmal komputer belum buat apa pun dah mcm nak hancur dah makmal tu dan cikgu hampir strok akibat terpekik terlolong nak control murid dlm tu? Siapa yg punya idea ni ek?

6) Kokurikulum dulu elok jea seminggu sekali 1 jam saja, sekarang 3 jam, anak saya Form 1 sesi ptg, 9.30 pagi pi sekolah, pukul 10 kokurikulum sampai 1 ptg, start belajar 1 ptg sampai 6.30ptg, solat Asar dan 6.40 mcm tu keluar sekolah, pukul 7.00 mlm sampai rumah, esok nya letih sgt2 kadang2 sampai nak demam. Kenapa kokurikulum skrg perlu sampai 3 jam, apa rasionalnya?!

7) LADAP pun sama, dikejar2 suruh cikgu cepat siapkan 40 jam segera, dipaksa kena buat kursus Google la itu ini sampai cikgu2 ramai upah org luar sebab ada yg tak tahu sgt2 bab komputer ni, Pendigitalan la itu ini, mcm2 dicipta utk menambah lagi beban dan stress guru!
😎
Dulu masa praktikal kena observe dgn pensyarah, lani dah jadi cikgu 20 tahun pun kena observe dgn pentadbir pulak, padahal pentadbir pun bukan perfect sgt mengajar
💆🏻‍♀️
Kenapa perlu sistem observe segala ni sampai 2 kali setahun? Apakah KPM merasakan guru tak pandai mengajar, tak qualified? Dah 20 tahun mengajar pun dok kena observe lagi ka, siapa yg suka dlm pekerjaan ada org dok tengok jea kita buat kerja, selesa ke, tak stress ke?
💆🏻‍♀️

9) PBD pula, ramai cikgu terpaksa menipu sebab nak data cantik, kalau bagi TP1 atau TP2 siaplah yea nak menjawab. Kadang2 kena marah dgn pentadbir sebab mereka pun kena marah dgn PPD kalau ramai TP1&2. Jadi baik buat exam jea senang mcm dulu. Dulu kata nak mudahkan guru, tak yah exam, buat PBD jea, sekarang ni Tahun 4-6 ada exam tapi masih paksa buat PBD jugak, akibatnya cikgu 2 kali terbeban, parents pun marah sebab tak faham PBD atau tak puas hati dgn TP anak.

10) Konon nya nak MMI lah sgt, terketaq2 takut kat PPD, oh kena masuk kelas cepat, nanti PPD mai pantau susah, habis tu setiap hari korang buat bengkel itu ini, jurulatih itu ini kena keluar memanjang, korang x peduli pulak MMI yea? Cuaca panas aritu, nak latih murid pagi pun tak berani takut terketaq2 kat PPD, MMI konon, paksa murid dtg latihan sukan petang panas2 tu nasib takde yg pengsan/mati. Kenapa kuasa sekolah ditarik sampai begitu sekali? Guru Besar takut kat PPD terketaq2

11) Guru Besar takut nak saring murid, terketaq2 mcm buat jenayah, saringan tak leh buat, pastu campur semua caca marba, cikgu mcm nak gila nak handle murid yg lemah giler, yg sederhana, yg terlebih bijak laju sgt tu, cikgu dlm kelas nak tumpu yg lemah tu kejap datang dah yg bijak tu cikgu saya dah siap, suruh buat benda lain, dtg tanya itu ini atau dah siap jugak, pastu buat bising kacau kawan, yg lemah pun ramai yg nakal, kacau kawan, ajak sembang, jalan2, buat nakal bersama!

12) Guru dah ramai yg makin tak tahan dan nak pencen awal, yg haters jawab pencen ler, sila berambus, bagi peluang org lain, ramai lagi nak jadi cikgu, bila guru mengadu inilah selalu balasan nya takde yg simpati atau nak ubah sistem yg membebankan guru, yg ada cuma nak hentam jea, tanpa tahu peritnya mengendalikan budak2, parents, pentadbir, PPD, JPN, KPM. Beza tau tak pekerjaan yg melibatkan kanak2, jgn la nak dibanding dgn pekerjaan lain konon lebih stress
Mmg betul kerja lain pun ada stress tp itu x bermakna kerja guru ni tak stress atau tak teruk, bahkan ramai jea yg pernah kerja lain sebelum jadi guru pun merasakan jadi guru ni stress dia lain macam, tekanan mental dan emosi tu tinggi, masuk kelas jea cikgu terjerit2 mengawal murid tapi murid takde adab sikitpun tak hormat guru, ibubapa pula akan serang guru dlm group whatsapp jika anak dibuli murid lain ke, cedera ke, barang hilang ke, apa saja semua cikgu la kena handle atau dipersalahkan

** Baca dari ats hingga habis sesak dada ye rasa. Perit, tekanan, penat, lelah nya sebagai seorang guru sekarang. Sangat memenatkan! Tolonglah ubah sistem pembelajaran malaysia blk. Yg pasal tambah kelas tu setuju sgt, dari tambah kelas baik tambah sekolah.
Anak sy darjah 1 tahun ni 1 kelas hampir 60 org ye. Tu dah ada 9 kelas dah. Mmg mampat betul kelas nya. Kesian tgk ke ank2. Patut tmpt kami dah ada sekolah baru dah. Penempatan baru naik byk tapi sekolah xnk tambah
🤧
- fahhfatihah **
~ sesak dada bila baca posting macam ni ~