Isu Kepadatan Sekolah dan Realiti Pahit Pendidikan Lokal
Kupasan Mendalam: Isu Kepadatan Sekolah & Realiti Pahit Pendidikan Lokal
Maaf cakap, sebelum kita berkongsi pendapat, biarlah ia berasaskan realiti di lapangan. Kita tidak boleh memukul rata isu pendidikan hanya berdasarkan pemerhatian di satu-satu kawasan kecil seperti yg tuan katakan dalam video ini.
Malaysia ini luas & setiap daerah mempunyai demografi serta kepadatan penduduk yg jauh berbeza.
1. Krisis Infrastruktur:
Ambil contoh di Cyberjaya, kawasan yang kononnya "bandar pintar."
Hakikatnya, infrastruktur pendidikannya mengecewakan. Untuk sebuah bandar yg pesat membangun, hanya ada satu Sekolah Kebangsaan. Bayangkan, ada 14 kelas dan purata 40-45 murid setiap kelas, adakah itu dikira suasana pembelajaran yg kondusif?
Realitinya sekarang, kuota untuk murid 7 tahun pun sudah melimpah. Ramai anak-anak penduduk tempatan terpaksa 'dibuang' atau dihantar ke sekolah di kawasan luar seperti Putra Perdana & Dengkil. Jika isu asas ini pun gagal diselesaikan, mcmana kerajaan boleh terfikir utk membuka kuota kepada yg berumur 6 tahun? Ini bukan penyelesaian, ini adalah langkah "menambah minyak ke dalam api."
2. Kesan Domino kepada Ibu Bapa & Murid
Apabila murid terpaksa bersekolah jauh dari kawasan perumahan sendiri, ia mewujudkan rantaian masalah baru:
• Beban Kewangan: Kos pengangkutan & van sekolah meningkat kerana jarak yg jauh.
• Logistik & Masa: Ibu bapa terpaksa bergelut dgn kesesakan lalu lintas yg luar biasa utk menghantar anak ke luar kawasan.
• Kualiti Fokus: Murid keletihan di atas jalan raya sebelum sesi persekolahan bermula lagi.
3. Masalah Lama Tak Selesai, Masalah Baru Dicipta
Kita masih bergelut dengan isu kelas sesak, kekurangan guru, & fasiliti sekolah yang uzur. Apabila dasar baru diumumkan tanpa mengambil kira kapasiti sekolah di kawasan padat, ia menunjukkan satu "disconnect" atau jurang yang besar antara pembuat dasar dengan realiti rakyat di bawah. Kita tak mahu polisi yang hanya nampak cantik di atas kertas, tapi hancur dari segi pelaksanaan.
4. Kerajaan Perlu Strategi, Bukan Sekadar Retorik "Sabar"
Dalam urusan masa depan anak-anak, kerajaan tidak boleh sekadar mengeluarkan kenyataan "sabar dan bertenang." Pendidikan bukan satu perkara yang boleh dibuat secara ad-hoc. Setiap pengumuman mesti datang dengan pelan strategik jangka pendek & jangka panjang:
• kat mana sekolah baru akan dibina?
• mcmana agihan guru akan dibuat?
• Apakah mekanisme untuk menampung limpahan murid di kawasan bandar?
Rakyat memerlukan solusi konkrit & timeline yang jelas.
Jangan sampai kita mengejar angka untuk statistik pendidikan, tapi akhirnya kualiti pembinaan modal insan anak-anak kita yang menjadi galang gantinya.






2 Comments
Betul setuju berkenaan isu kepadatan pelajar dalam setiap kelas.. tahun depan darjah satu yg berumur 6 & 7 tahun pasti akan menjadi lebihan dan penambahan jumlah pelajar dalam setiap kelas..
ReplyDeleteMasalah yang sama pun berlaku di Indonesia, Uncle. Malah ada satu anomali di sini. Ramai ibu bapa memilih untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah swasta kerana merasakan kualiti sekolah kerajaan sangat buruk.
ReplyDeleteAkhirnya, lama-kelamaan makin jelas terasa jurangnya
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.