Apa maksud sekufu dalam perkahwinan?
Sekufu dalam perkahwinan ini bukan bermaksud suami mesti ada degree, isteri pun kena ada degree.
Bukan juga soal sama-sama perlu hebat dalam kerjayanya. Sekufu yang sebenar ialah sekufu dari segi pemikiran, nilai hidup dan tujuan dalam berumahtangga.
Ada pasangan yang kedua-duanya belajar tinggi, tapi cara fikir sangat berbeza. Contohnya, seorang anggap perkahwinan itu tanggungjawab dan ibadah, seorang lagi anggap perkahwinan itu sekadar untuk memenuhi kehendak sendiri.
Seorang nak bina keluarga, seorang lagi masih nak hidup macam bujang.
Yang seorang pentingkan masa dengan keluarga, yang seorang lebih utamakan kawan, hiburan dan dunia luar. Ini semua contoh tak sekufu.
Kalau dua-dua belajar sampai PhD sekalipun, tapi matlamat hidup tak sehaluan, memang takkan ke mana. Hidup akan penuh dengan salah faham, kecewa dan rasa tak dihargai, sebab masing-masing bercakap pada ‘bahasa’ yang berbeza.
Sebab itu, dalam mendidik anak pun kena sekufu. Kalau seorang tegas soal adab dan agama, seorang lagi anggap itu tak penting.
Kalau seorang jaga solat, aurat dan pergaulan anak, seorang lagi kata “biasalah budak-budak”. Anak akan jadi keliru sebab menerima dua acuan yang berbeza dalam satu rumah.
Sorang nak anak jadi hafiz hafizah, sorang lagi kata tak payah lah. Kan jadi pening tu. Tak sejalan.
Sekufu juga tentang cara menyelesaikan masalah. Bila ada ujian, seorang nak berbincang dan cari jalan keluar, seorang lagi suka diam, lari atau menyalahkan pasangan. Lama-lama yang sabar akan penat, yang peduli akan terasa sendirian.
Sebab itu, sebelum dan selepas berkahwin, carilah dan bina sekufu itu supaya rumah tangga tidak sekadar bertahan, tetapi benar-benar berjalan seiring menuju tujuan yang sama.
*gambar sekadar hiasan*






3 Comments
Betul tu, yg penting visi misi, cara pemikiran dan gaya hidup, kena sama chanel.. degree ke diploma ke x penting sgt pun, cuma gaji je la yg x sekufu bila beza level pendidikan ni
ReplyDeleteMmg betgul sblm kawin dgn seseorg kena fikir betul2 =D
ReplyDeletemcm x relevan je utk zaman sekarang ...ntah la.susah nak komen ni
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.