Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.


Tuan yang saya hormati,


Saya menulis surat ini bukan sebagai pakar pendidikan, bukan bekas ketua pengarah, bukan juga penganalísis dasar. Saya hanya seorang ayah yang sudah puluhan tahun melihát sistem pendidikan negara berubah berkali-kali, tetapi tetap tidak jelas ke mana sebenarnya kita mahu pergi.


Dan hari ini, saya ingin bertanya dengan jujur. Apakah halatuju pendidikan Málaysia yang sebenar?


1. Sistem Kita Berubah Banyak Kali, Tetapi Kompasnya Tidak Pernah Ada.


Seperti yang tuan ketahui, UPÅ R telah pun dimansuhkan. PMR telah hilang. PT3 juga telah lenyap.PBS masuk

sebentar dan keluar semula. Sekarang PBD pula jadi taruhan.


Tetapi walau apa pun sistem baharu yang muncul satu perkara. Tetapi walau apa pun sistem baharu yang muncul, satu perkara tetap sama:


Kita tidak pernah tentang TUJUAN PENDIDIKAN itu sendiri.


Kita asyik bergaduh soal BENTUK atau ALAT: peperiksaan atau tanpa peperiksaan? tekanan atau tiada tekanan? standard atau fleksibel?


Tetapi kita tidak pernah sedar bahawa kita sebenarnya tiada KOMPAS PENDIDIKAN.


2. Dari Sistem Terlalu Ketat.. Kini Terlalu Longgar


Saya membesar dalam sistem lama: Hafal, ulang, dan periksa. Stres, tetapi ada disiplin. Kini sistem baru mahu hilangkan tekanan dan berhenti daripada menghasilkan "generasi kakak tua". Niatnya baik tapi pelaksanaannya

pincang.


Ramai murid kini yang tidak mnenguasai asas membaca dan menulis dengan baik, kira asas pun masih merangkak, hadir kelas lewat sebab sibuk dengan ko-kurikulum, dan belajar sambil lewa sebab "tiada apa yang

perlu dikejar." Hakikatnya:


3. Guru merupakan frontliner pendidikan.


Merekalah yang melihat perkembangan murid setiap hari, Tetapi apa yang mereka bisikkan? "Penilaian kami tidak bebas." "Data mesti cantik walaupun hakikatnya tidak." Angka terpaksa dibentuk agar menyenangkan sesiapa yang memerhati. Persoalannya: sampai bila masa depan anak kita mahu dijadikan angka manipulatif?


4. Pergaduhan Exam vs Tanpa Exam Yang Tidak Berpenghujung.


Sebenarnya ini bukanlah isu utama. Isu sebenarnya ialah bagaimana kita melaksanakan sesuatu sistem tanpa melupakan prinsip pendidikan itu sendiri. Inilah landasan yang ramai telah tergelincir; daripada pembuat dasar hinggalah kepada pelaksana.


5. Kita Sebenarnya Ada Kompas - Tetapi Kita Tak Pernah Guna


Malaysia ada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). la sudah cukup cantik, cukup lengkap, cukup seimbang.


Masalahnya? FPK hanyå wujud di poster dinding. la hampir tidak pernah menjadi dasar sebenar yang digenggam

dengan jujur. Sebab itu setiap kali menteri bertukar, sistem pun berubah sedangkan sistem yang ada masih belum

matang!


Hasilnya, anak-anak kita menjadi bahan eksperimen. Guru pula menjadi kerani statistik. Dan haluan negara terus

kabur...


Oleh itu,


1. Tetapkanlah standard minimúm akademik seluruh negara. Tiada kompromi dalam asas membaca, menulis,

dan mengira.


2. Berikan autonomi sebenar kepada guru. Jangan paksa mereka menghiảs atau merias data demi melaporkan

"kejayaan palsu".


3. Cari keseimbangan antara disiplin dan keseronokan belajar. Tanamkan rasa cinta kepada pelajaran dan hormat kepada guru. Berikan murid cabaran, bukan tekanan melampau; berikan mereka kebebasan bukannya kelonggaran yang memanjakan.


Ingatlah, hanya sistem yang seimbang akan menghasilkan generasi yang mampan.


Tuan yang saya muliakan,


Tulisan ini lahir atas rasa kasih dan sayang terhadap negara. Lebih daripada itu, ia lahir daripada kasih dan sayang seorang ayah képada anak dan kepada anak anak generasi hari ini. Janganlah hendaknya mereka diberi tekanan

tanpa jiwa atau menjadi generasi yang bersenang lenang tanpa asas.


Jadikanlah mereka insan yang seimbang - Cintakan pelajaran, menghormati gurų, bijaksana, beradab, dan

mampu memartabatkan negara sebaris dengan negara negara hebat yang lain.


Oleh itu, pendidikan mesti kembali berprinsip. Bukan lagi berdasarkan slogan, akronim atau eksperimen yang tidak berpenghujung...


Semoga Malaysiaku terus cemerlang dan gemilang.


Terima kasih.


#kementerianpendidikan