Kenapa peperiksaan UPSR perlu dikembalikan?
Saya antara yang pro-exam. Maka, saya tak bersetuju peperiksaan besar UPSR dan PT3 dimansuhkan.
Yang bersetuju pemansuhan ini berpendapat (antaranya), pemansuhan ini akan menjadikan potensi pelajar lebih terserlah, mengurangkan beban guru, dan menjadikan pelajar lebih seronok belajar berbanding hanya berlumba mencapai keputusan peperiksaan.
Yang tidak bersetuju pula berpendapat (antaranya), pemansuhan ini menyebabkan pelajar hilang arah tuju, tiada disiplin pelajar, dan menyebabkan pelajaran terabai disebabkan tiada tekanan.
Oleh itu, ini cadangan daripada saya:
1. Peperiksaan UPSR wajar diteruskan, namun, PT3 atau PMR tak perlu.
2. UPSR diadakan bukan semasa Darjah 6, tetapi Darjah 5. Laksanakan sekali harung dengan UPKK.
3. Oleh itu, laras UPSR adalah laras Darjah 5.
4. Jadi, Darjah 6 nak buat apa? Sambunglah silibus Darjah 6. Peperiksaan masih ada, tapi dibuat di peringkat sekolah saja.
5. Waktu Darjah 6 ini, pelajar-pelajar boleh all-out sertai aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar darjah. Waktu ini peluang terbaik untok pelajar serlahkan potensi dan kumpul markah kokurikulum.
6. Cadangan lagi, pelajar yang tak puas hati dengan markah UPSR, boleh ulang semula pada semasa mereka Darjah 6. Slip peperiksaan yang keluar akan paparkan markah terbaik.
7. Pendaftaran ke sekolah-sekolah boleh dibuat pada bulan Ogos. Pelajar repeat UPSR pun boleh mendaftar, tetapi daftar di bawah 'Calon Ulangan' tanpa nyatakan markah UPSR.
8. Sekolah-sekolah khas seperti SBP, MRSM, SMKA dan sebagainya boleh menapis, laksanakan ujian kemasukan dan temuduga pada bulan Oktober-November.
9. Pertengahan bulan Disember, calon-calon dah dapat panggilan.
10. Disember juga sekolah-sekolah ini akan buat sekali lagi ujian atau temuduga khusus untok pelajar yang repeat UPSR. Pelajar-pelajar yang tidak berjaya juga boleh buat Rayuan dalam tempoh ini.
11. Pada bulan Januari, buka saja sekolah, pelajar intake pertama akan masuk. Pada waktu ini, sudah boleh tahu siapa yang menolak tawaran. Maka, dah boleh pilih dan maklumkan keputusan kepada calon-calon ulangan dan calon Rayuan. Mereka akan masuk ke sekolah-sekolah tersebut 2-3 minggu selepas intake pertama tadi.
12. Dalam hal subjek UPSR pula, KPM dan Lembaga Peperiksaan boleh berbincang agar kurangkan subjek, dan tambahkan subjek. Cadangan saya:
i- Bahasa Melayu Pemahaman (Mansuh)
ii- Bahasa Inggeris Pemahaman (Kekal)
iii- Matematik (Kekal, ada pilihan dwibahasa)
iv- Sains (Kekal, wajib dalam BM)
v- Bahasa Melayu Penulisan (Kekal)
vi- Bahasa Inggeris Penulisan (Mansuh)
vii- Sejarah (Tambah, wajib dalam BM, dan ada objektif dan subjektif)
13. Maka, pelajar akan ambil 5 subjek sahaja iaitu BM, BI, Math, Sains dan Sejarah. Kertas Sejarah itu secara tak langsung menggantikan BM Pemahaman.
14. Satu lagi cadangan saya adalah penggredan aktiviti kokurikulum. Iaitu pencapaian dan penglibatan pelajar dalam kokurikulum mempunyai sistem pemarkahan tersendiri.
15. Contohnya, sekiranya seorang pelajar terlibat dalam sukan di peringkat sekolah sahaja, markah mereka 2.0. Kalau di peringkat Daerah markah mereka 2.5. Peringkat Negeri 3.0. Peringkat Kebangsaan 3.5. Peringkat Antarabangsa 4.0. Ini baru penglibatan, belum markah kemenangan atau anugerah khas lagi.
16. Pada pandangan saya, idea ini lebih win-win bagi semua pihak. Yang suka exam, dapat exam. Yang tak suka exam, dapat exam juga, tapi pelajar ada peluang hampir setahun untok serlahkan bakat dan potensi mereka.
17. Dari Darjah 6 hingga Form 4, mereka tiada exam besar. Ini lebih baik daripada tiada exam dari Darjah 1 lagi.
Sekali lagi, ini hanya pandangan. Saya belum jadi Menteri, maka pandangan saya takkan beri apa-apa kesan.
Cuma bagi saya, ini merupakan salah satu alternatif idea bagi sistem persekolahan negara kita.






6 Comments
Terpulang kepada pandangan masing2. Ada exam lagi bagus sebab senang nak nilai untuk kemasukkan ke tingkatan 1. Kalau takde anak2 memang santai la setakat exam peringkat sekolah je.
ReplyDeletebagus juga cadangan yang dilontarkan..rasanya perlu juga exam besar di sekolah rendah...takdelah, anak2 sambil lewa...anak linda la nie
ReplyDeleteSaya sangat setuju kalau UPSR dikembalikan.. Sebab sekolah rendah skrg dgn tiada exam.. budak2 just banyak bermain dan result pun guna penaksiran bilik darjah sahaja..
ReplyDeletemasa bubar UPSR ni, MA lega sgt ..sbb time tu tahun 2020..MA baru balik dr bangkok & suppose time tu Iris yg akan dudui UPSR, memang dia x bersedia la sbb dah 3 tahun kat international school kan... BM memang paling berterabur la.. but now rasa nya memang perlu dikembalikan sbb UPSR sebagai garus urus utk murid sekolah rendah naik ke sek menengah...so memang setuju sgt
ReplyDeleteSaya harap ketiga-tiga exam ini dikembalikan dan UPSR sewaktu darjah lima seperti saya dahulu. Enam tahun di sekolah rendah takkan takde satu pun peperiksaan penting?
ReplyDeletePMR pun penting sebagai persediaan ke SPM. Yang lebih penting sebenarnya supaya budak-budak Melayu tak tercicir jauh, biar mereka occupied tapi sibilus pun janganlah mengarut darjah enam nak kena belajar fasal kewangan dan takaful bagai. Negara maju pun tak macam tu.
Tu lah.. masa diorang mansuhkan UPSR dan PMR tu stress rasanya.. Anak-anak hilang arah tuju.. Jenuh lah nak ketchup bila peperiksaan besar tu tinggal SPM ja.. Kesian anak-anak kita..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.