BESAR sangat ke beban tugas guru?

Ya, sgt besar dan semakin membesar. Guru hari ini bukan sekadar mengajar. Mereka multitasking pada tahap yg tidak perlu:

- urus data sistem pendidikan,
- hadiri mesyuarat yang tidak berkaitan PdP,
- kendalikan mcn2 aktiviti luar bilik darjah,
- mengajar dlm kekurangan
- beli alat sendiri utk PdP
- guna data sendiri utk INTERNET
- Program KPM, guru terlibat, program JPN, guru terlibat, program PPD pun guru yg buat.. program

MOSTI pun guru terikat, sampai MBOR pun cikgu turut jadi penyebab.

- Tanggungjawab pegawai aset
- Tanggungjawab Ketua Panitia
- Tanggungjawab SU PBD
- kerja TANPA pembantu, TANPA elaun tambahan
- pergi sana sini TANPA pengiring bawa kereta jgn konar baring..
- Urusan luar sekolah ada guru2 yang menjadi jurulatih2 luar seperti pasikan unit unifom
- jurulatih2 sukan, bola sepak, hoki, badminton, bola jaring dan mcm2 lagi...tanpa mengira letih sakit dan anak2 dan keluarga di rumah.
2. Tapi bukankah semua pekerjaan pun ada cabaran masing-masing?

Betullah tu... tapi guru yg membentuk semua pekerjaan lain termasuk menteri. Polis, doktor, hakim, dan jurutera semuanya bermula dari seorang guru.

Guru hadapi cabaran unik kerana...

- bekerja terus dgn anak2 dalam fasa pembentukan,
- berdepan dengan emosi, masalah kenakalan dan keciciran,
- guru tidak hanya melaksanakan tugas, mereka membina masa depan negara.

3. Bukankah guru banyak cuti?

Cuti guru bukan rehat mutlak, ia penuh dengan tugas terselindung.

- hadir kursus,
- buat kelas tambahan,
- menanda kertas,
- urus program sekolah,
- kadangkala bertugas semasa cuti rasmi, hujung minggu.
# Mmg boleh dikatakan guru kurang masa utk rehat mental, fizikal dan emosi.

4. Kenapa guru selalu dikecohkan berbanding profesion lain?

Gurulah yg paling terdedah kpd masyarakat dan paling terkesan

- Dasar sekolah berubah-ubah, guru yang kena laksana.
- Murid gagal, guru ada saham
- Ibu bapa tak puas hati, guru kena hadapi
- Laporan, audit, lengkapkan sistem digital yg terkemut2, semua diserah pada guru.
- Dasar lebih slogan dari kemudahan

5. Apa jadi kepada pendidikan negara jika beban ini tidak ditangani?

- Sistem akan runtuh secara perlahan tapi pasti.
- Guru hilang semangat.
- Murid hilang tumpuan.
- Ibu bapa hilang kepercayaan.
- Negara hilang permata..

# Aku seorang guru...