20 Tanda Sekolah yang Sudah 'Red Flag'
Berikut 20 tanda-tanda awal bahawa sesebuah sekolah sedang berada dalam zon bahaya, atau istilah kasarnya, ‘Red Flag’:
Biasanya berlaku secara senyap. Bila ramai mahu ‘keluar’, ada yang tak kena dalam sistem dalaman.
Isu kesihatan sering jadi alasan. Tapi kadang-kadang, itu sebenarnya simptom tekanan dan ‘escapism’.
Guru hilang seri, burnout, kemurungan, tekanan darah tinggi, lelah emosi. Semua ini tidak berlaku secara tiba-tiba.
Apabila guru-guru cemerlang mula ‘angkat bendera putih’, sistem perlu disemak.
Komuniti sekolah semakin renggang. Ibu bapa pun sudah ‘give up’ untuk ambil tahu. Mesyuarat PIBG, ajk je yang bercakap.
Ponteng kronik. Ada murid yang hilang berbulan-bulan, sekolah tak tahu pun, atau tak ambil tahu.
Tiada kesinambungan. Pelan strategik tergantung di dinding, tapi tak pernah bergerak. Dalam fail ada, pelaksanaan? ke laut semuanya.
Guru bekerja dalam silo, hanya buat yang diarahkan, tiada semangat kolaboratif. Banyak ‘klik’. Budaya toksik berleluasa.
Kes murid memaki, menjerit, biadab makin kerap, makin dilazimkan.
Buli, vape, gaduh, ponteng, pecah harta benda, tapi sekolah buat biasa. Tak dipandang serius. Semua pihak business as usual.
Bila komuniti hilang kepercayaan, sekolah bukan lagi tempat selamat untuk anak-anak. Ibu bapa suka viralkan hal yang sepatutnya settle dengan baik dengan pihak sekolah.
Guru muda dibiarkan hanyut. Lama-lama, semangat hilang, motivasi lenyap. Lebih parah, guru muda lebih toksik daripada yang senior.
Program hanya untuk cukupkan eviden, atau sekadar memenuhi takwim, buat asal buat, sebab tak nak nama naik tapi tak menyentuh jiwa, tak membentuk watak. Hilang ruh.
Tiada inovasi. PdP sekadar ‘masuk kelas’, bukan proses membina insan. Lagi parah, bila tak tahu pun kenapa masuk ke kelas, saja mengisi masa kerja.
‘Superman’ sekolah buat semua, jadi, bila mereka hilang, sekolah lumpuh. Pengetua dan GB suka buat favorism, memilih-milih.
Tiada jati diri. Tiada semangat ‘belonging’. Sekolah sekadar tempat datang-pergi, jumpa kawan untuk hangout. Not more not less.
Tiada ruang untuk dialog. Tiada budaya reflektif. Hanya ‘ikut arahan’ semata. Top down sepenuhnya. Pengetua dan pentadbir sahaja yang bercakap.
Guru sudah lesu. Rasa tiada makna untuk belajar lagi. Kalau buat pun, tak ikhlas dan cari jalan shortcut, macam hire orang, guna chatGPT. Buat pun rasa tak bersalah.
Tiada kepercayaan. Tiada empati. Hanya drama dan agenda tersembunyi. Cikgu Senior vs junior. Cikgu Akademik vs cikgu kokurikulum. cikgu digital vs cikgu manual. kantin tempat gosip.
Sekolah tak tahu siapa yang perlu dibantu. Semua dibiarkan terapung. Buli fizikal, mental, budaya pulau-memulau dibiarkan. Lantak apa yang berlaku. yang penting dapat gaji bulan. Akhirnya, semua salahkan kerajaan.
.......................
Maka apa perlu kita buat?
Sekolah yang tenat, tak akan pulih dengan pekeliling sahaja. Perlu pemulihan budaya, kepimpinan berhikmah, empati kolektif dan tindakan berani.
Sekolah yang menunjukkan terlalu banyak ‘red flag’ bukan hanya berdepan masalah teknikal atau pentadbiran semata. Ia menandakan krisis yang lebih dalam, iaitu krisis budaya, krisis kepimpinan dan krisis harapan. Dan dalam semua ini, peranan kepimpinan sangat kritikal, dan ini bermula di sekolah.
Sekolah yang kuat bukan dibina dengan SOP atau pekeliling, tetapi dengan jiwa pemimpin yang sedar bahawa tugas mereka bukan sekadar mengurus, tetapi memulihkan dan membina semula jiwa dan ruh organisasi.
Namun kita juga tidak boleh hanya menuding jari sepenuhnya ke arah kepimpinan semata-mata. Kita semua, sebagai warga sekolah, pendidik, ibu bapa atau masyarakat, perlu berani bermuhasabah, adakah aku menyumbang kepada penyelesaian atau hanya menambahkan kesunyian? Sekolah yang sakit tidak akan sembuh dengan diam, dan tidak akan berubah jika kita hanya menunggu orang lain memulakannya.
Reformasi sekolah mesti dimulakan sekarang, bukan esok. Bukan menunggu krisis lebih parah. Bukan menunggu murid-murid kita hilang rasa cinta kepada ilmu dan hilang percaya kepada institusi. Kalau kita betul-betul mahu menyelamatkan masa depan, kita perlu berani bertindak, dan berani berubah. Bukan menyalahkan satu sama lain. Tapi, itulah yang paling kita buat...
DR






6 Comments
Parah betul sekolah begini.
ReplyDeleteguru besar/ pengetua la kena bertanggungjawab utk buat suasana yg menarik utk menaik kan semangat cikgu2 .. kannn?
ReplyDeleteKawan saya guru juga, berusia 38 tahun. Dia dihendaki mengajar enam subjek termasuk Bahasa Arab. Terkejut saya dengar. Bila dia membantah, guru besar cakap, takpe... boleh belajar. Macam mana tu?
ReplyDeleteDia juga terlibat/ada 20 jawatan lain. Dah tak larat, dia mohon masuk matrikulasi dan berjaya.
Alhamdulillah sekolah anak2 tak de lagi tanda2 red flag. Cuma ada segelintir cikgu red flag je.
ReplyDeletepenah keje dgn sekolah yg mungkin hampir mcm ni... GB dia cuma dtg ms perhimpunan dan ms PPD dtg ke sekolah... hari lain entah mana ghaibnya... x ckp dgn tu, sy jumpa ustaz punya buku ringkasan mengajar... dia cuma tulis pd bulan januari je. sy jumpa tu bln ogos.... kosong tak tulis apa2 dr feb-ogos... keadaan sekolah x yah ckp laa... haihhh...
ReplyDeleteBahaya betul sekolah macam ni
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.