Apabila rasa hormat kepada guru sudah hilang....
Satu benda yang dah lama saya sebut ; Hormat murid pada guru zaman sekarang dah hilang.
Murid nakal, samseng dan jahat ni, bukan baru ada tahun ni. Sejak dulu ada dah murid nakal dan jahat ni.
Tapi tak pernah sampai tumbuk guru. Biadap dan berkasar.
Murid dulu bukan lembik. Bukan takut pada tenaga fizikal guru. Tapi hormat mereka terlalu tinggi.
Bahkan bila mereka dewasa, umur 30-40 tahun dah, nampak cikgu sekolah rendah mereka dulu melintas, yang sedang hisap rokok, sorok rokok. Yang tadi sembang tepuk meja bergegar satu kedai, terus tersipu santun. Pergi tegur guru, salam cium tangan.
Padahal dah tua bangka. Tapi hormat pada guru yang pernah tunjuk ajar mereka di suatu dulu terus tersemat di hati.
Jadi kenapa murid sekarang hilang hormat pada guru? Sampai sanggup hayun penumbuk. Tu secara fizikal.
Kalau lihat secara maya di media sosial, murid-murid selamba hentam, maki hamun dan sindir guru mereka secara berjemaah. Masih lagi dibangku sekolah, dah biadab yang teramat.
Kenapa jadi begini?
Pada aku, kerana sistem kita terlalu memanjakan murid-murid.
Dulu cikgu sampai ke sekolah, murid berebut berlari ke kereta guru nak bersalam dan nak bawa barang-barang cikgu.
Hari ini, cikgu kena datang awal pagi lagi, tunggu depan pagar sekolah dan sapa murid-murid.
'Selamat pagi. Terima kasih datang sekolah hari ini'
Ada murid-murid yang masih moody kena bangkit awal, langsung tak pandang muka cikgu yang sedang menyapa. Buat kekwat dan muka ketat ja.
Namun cikgu tetap tersenyum. Dalam hati, hanya Tuhan yang tahu apa perasaan mereka.
Martabat guru direndahkan oleh sistem itu sendiri.
Sistem mengajar murid-murid biadab dan membiasakan guru ibarat tukang gaji pula.
Ditambah pula dengan had kuasa guru yang makin menipis. Rotan tidak dibenarkan. Bahkan cikgu membebel marah dalam kelas pun murid pulang mengadu kat mak ayah, mak ayah terus buat report Sispaa pada guru.
Report Sispaa dalam satu hal, adalah bagus
Untuk kembalikan keprofesionalisma pendidik.
Namun dalam satu hal ia menjadi alat untuk mengenakan guru waima sekecil salah.
Ia menjadi alat kepada ibubapa yang jenis kekwat dan cerewet mengenakan guru yang anak mereka tak suka.
Anak-anak pula makin menjadi besar kepala. Cikgu tak boleh marah, kalau marah je terus la berlakon tersakiti, stress, kemurungan, tak ada minat pergi sekolah, bla...bla...bla...
Dan bila report dibuat, sistem pendidikan kita ni tidak favour pada guru. Mereka lebih berat menjaga hati pelanggan, yakni murid-murid dan parents.
Dari situ murid-murid makin bongkak dan mula tidak lagi menghormati guru-guru mereka.
Dari situ juga bermulanya kehancuran jiwa seorang guru, bila dibuat report, ditekan, dikenakan kaunseling, kena surat tunjuk sebab dan tatatertib hanya untuk mendidik murid menjadi manusia.
Dan hari ini, bertebaran status dan komen-komen berbunyi,
"Cikgu sekarang dah tak macam dulu. Tak ada jiwa. Mereka kerja kerana gaji"
Sedangkan mereka lupa, merekalah yang membunuh jiwa-jiwa guru ini.
Sistem pendidikanlah yang menjadikan murid-murid hilang hormat pada guru-guru.
Begitulah.
Credit goes to #MFS
- Tidak mudah untuk memanusiakan manusia -






8 Comments
jauh beza murid sekarang dengan murid dulu...
ReplyDeleterespek sgt cikgu2 sekarang..kena extra sabar dgn murid..tgk kes yg ni memang mengucap panjang di buatnya.. itu pun ada pihak yg salahkan cikgu, x boleh rkod, x boleh nak share kat media sosial...jatuhkan air muka murid..eh eh..abis apa yg boleh? geram betul. share nama x siap homework dlm whatsapp group pun x boleh....eh eh.manja sungguh kannnn....tu yg naik lemak semua murid2 tu...
bila cikgu terlalu berjiwa dalam profession diorang, tetap ada yang tidak puas hati...
ReplyDeleteteringat juga linda dulu2, memang tunggu cikgu di tempat parkir kereta, untuk tolong cikgu angkat barang2..semoga sihat2 selalu cikgu linda..
Saya setuju dengan coretan ini Abam Kie. Sistem perlu mengembalikan prestij dan kedudukan guru yang begitu banyak berjasa. Pelajar perlu beradab untuk menuntut ilmu.
ReplyDeletesedih...tiada kata-kata....kesian guru-guru sekarang
ReplyDeleteguru sekarang kerjanya bertimbun nak ngadap masalah murid beragam lagi mmg kesian
ReplyDeleteSaya dulu paling takut dimarahi guru, buat kerja rumah mesti siapkan takut bah kena naik kerusi hingga petang hehehe
ReplyDeleteKenapa ya sekarang, hal guru2 tidak diambil kisah sangat. Insan2 yang banyak berjasa, seolah tidak dihiraukan.
ReplyDeleteSy risau anak sy x sedar dia brtindak kurang ajar dgn cikgu masa dkt sekolah..=(
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.